Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Resepi Cucur Labu Sedap
Bahan bahan +- 600 g labu + 1/2 s/b garam ( rebus hingga empuk ) 5 s/b gula pasir ( boleh lebihkan ) 1/4 s/t soda bikarbonat 14 s/b tepung gandum Cara cara Rebus labu bersama garam sehingga labu empuk. Toskan air. Lenyekkan labu. Masukkan soda bikarbonat dan gaul. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati. Biarkan adunan selama 10 minit sebelum digoreng. Jemput-jemputkan adunan ke dalam minyak sederhana panas. Goreng sehingga kuning keemasan. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencubaa
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat Menyambut Ramadhan 😊
Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut Bahan-bahan -600 ml air -1 cwn sagu (basuh dan toskan) -3/4 cwn gula (boleh lebihkan kalau nak manis) -sedikit pewarna merah dan sirap ros Cara-cara Didihkan air. Masukkan sagu. Biarkan sebentar. Kemudian kacau sebati. Biarkan sehingga sagu bertukar sedikit jernih sambil di kacau. Masukkan gula dan pewarna. Kacau sebati. Tuang dalam bekas / loyang yang dilapik plastik. Kukus selama 15-20minit sehingga keseluruhan sagu bertukar jernih. Letak dalam chiller lebih kurang 4-6 jam sebelum dipotong. Potong sagu ikut citarasa sendiri. Salut dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam halus. Siapp!! Sedap dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba dan selamat berbukaa 😊 Nota *waktu nak basuh sagu tu jangan kacau. Just alirkan dengan air. Sebab nnti hilang sagu tu. 😬 *boleh kukus sebentar kelapa parut + garam halus untuk tahan lebih lama. *boleh letak daun pandan sewaktu memasak sagu. Keluarkan daun pandan sebelum mengukus. Lebih wangi kalau letak.
1/2 kg sotong saiz sederhana (hiris bulat)
3 s/b penuh tepung bestari
Air secukupnya
Cara cara
1) Keringkan sotong menggunakan
2) Bancuh tepung dan air.Pastikan adunan betul2 pekat. Boleh rujuk dalam video.
3) Masukkan sotong dan kacau sebati.
Bahan bahan
(Salutan)
Tepung bestari secukupnya
Cara menggoreng
1) Panaskan minyak. Pastikan minyak betul2 panas (panas betul tau)
2) Salut adunan sotong ke dalam tepung dan dengan hati2 masukkan ke dalam minyak panas.
3) Biarkan seketika dan kacau sehingga keperangan.
4) Goreng sebentar sahaja lebih kurang 2-3 minit untuk mengelakkan sotong menjadi liat.
5) Angkat dan toskan. Siap dihidangkan.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Hai setelah sekian lama tak update blog. Saya nak kongsikan resepi yang sangat ringkas tapi sedap iaitu basque burnt cheesecake. Resepi ni saya ambil daripada ig azlitamasammanis.
Resepi Basque Burnt Cheesecake
Bahan bahan
500 g cream cheese
3 biji telur gred A
160 g gula kastor
1/2 s/b esen vanilla
1 s/b tepung gandum
200 ml whipping cream
Cara cara
1. Panaskan oven pada suhu 200°C selama 10 min.
2. Lapik loyang 8 inch dengan kertas minyak. Lebihkan kertas minyak supaya senang untuk
diangkat.
3. Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan telur satu persatu , gula, whipping cream, esen
vanilla dan tepung gandum. Putar sebati.
4. Tapiskan dalam loyang dan bakar selama 50 minit - 1 jam pada suhu 200°C.
5. Biarkan sejuk di dalam peti sebelum dihidangkan. Siap!!
3 cwn tepung gandum
1/4 s /t soda bikarbonat
1 1/2 s/t garam halus
1 1/2 s/b gula
3 tangkai cili hijau
1 labu bwg holland
Semangkuk udang
Segenggam taugeh
1 ikat kucai
Air sejuk secukupnya
Cara cara
Masukkan semua bahan kecuali air dan tepung. Kacau sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga semua bahan beesalut dengan tepung . Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair dan pekat. Biarkan sebentar selama 15 minit.
Cara menggoreng
Panaskan minyak dengan sederhana panas. Masukkan sedikit adunan ke dalam minyak menggunakan sudu atau tangan. Biarkan cucur sedikit keras sebelum dibalik balikkan sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Sedia dihidang bersama sos cili. Selamat mencubaa..
Putar telur, esen pisang dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati ( tak yah putar ).
Selepas itu, masukkan bahan A dan dan kaup balik rata.
Bahan C
2 cwn tepung gandum
1 s/t baking powder
Cara cara
Ayakkan bahan C dan masukkan ke dalam bekas adunan telur dan pisang tadi. Kaup balik rata. Tuang ke dalam acuan 9 inch. Bakar selama 40 - 45 minit pada suhu 160°C (ikut suhu oven masing2). Sejukkan dan sedia dihidangkan. Siap .. selamat mencuba .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini saya nak kongsikan resepi kek coklat indulgence. Sebenarnya saya buat kek ni waktu raya korban haritu. Tapi disebabkan malas. Jadi saya tak post la. Heheh. Maaf. Btw. Kek ni ramai suka tauu.. kawan2 adik semua suka. Siap ada yang bawak balik gi. Haha. Tapi saya ni bukannya pandai sangat nak hias2 ni. Dah tu comot pulak tu. So adik tolak. Tapi kalau tengok resepi ni. Mesti leceh kan. Memang leceh. Tapi kalau selalu buat. Ok lah. Dan saya nak buat kek ni pun sebab kak saya dia teringin. Nak kek indulgence macam secret recipe. Even tak 100 % sama. Janji sedap. Dan untuk kek ni saya tak letak gelatin sebab tak dan nak beli. Dan untuk kek ni jugak walaupun tak letak gelatin . Rasa dia still sedap cuma tak boleh letak kat luar lama2 .Dan kalau nak lepa pun jangan biar kat luar lama2. Sebab bila dah lembik tu nak lepa jadi tak elok. Ok. Yang tu sajaa. Taaaa..
Bahan-bahan kek coklat
4 biji telur
180 gram gula kastor
150 gram tepung kek
20 gram serbuk koko
70 gram air
15 gram ovellet
50 gram minyak jagung
1 tspn baking powder
Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung.
Pukul adunan sehingga gebu, kental dan bertukar menjadi pucat. Elakkan pukul terlebih lama kerana ia akan menyebabkan kek jatuh apabila dibakar.
Masukkan minyak jagung dan kacau menggunakan spatula.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar suhu 160 selama 30-40 minit mengikut oven masing-masing. Biarkan sejuk sebelum dipotong 2 atau 3 bahagian.
Cara Membuat Krim Coklat
Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.
Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler sehingga telur bertukar warna kepada pucat.
Ketepikan. Satukan adunan telur dengan coklat yg telah dicairkan.
Didalam bekas yg lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satu kan dengan adunan telur.
Dalam bekas yg bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.
Simpan didalam peti sekurang kurangnya 1 jam sebelum digunakan
Cara Membuat Krim Putih
Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.
Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler sehingga telur bertukar warna kepada pucat.
Ketepikan. Satukan adunan telur dengan coklat putih yg telah dicairkan.
Didalam bekas yg lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satu kan dengan adunan telur.
Dalam bekas yg bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.
Simpan didalam peti sekurang kurangnya 1 jam sebelum digunakan
Cara Membuat Coklat Ganache
Panaskan whipping cream sebentar. Jangan sampai mendidih. Bagi suam2 ja. Kemudian, tuang whiping cream ke dalam coklat masakan dan kacau hingga sebati.
Cara untuk menyusun
Ambil lapisan kek yg pertama. Kemudian paipkan krim putih diatas kek.
Untuk lapisan kedua kek, paipkan dengan krim coklat dan ulang sehingga habis.
Salut kek dengan lebihan krim coklat dan simpan didalam peti sekurang2nya 8 jam
Selepas kek betul2 sejuk, siramkan dengan chocolate ganache. Biarkan kek sejuk dan sedia dihidang.