Langgan Percuma

Ads Code

Wednesday, 30 November 2016

Resepi Donut Mudah


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang tadi, adik ada buat donut. Donut ni sangat mudah sebab doh ni tak perlu di perap dan mengambil masa yang singkat untuk membuatnya. Jadi, adik nak kongsikan resepi kepada anda semua. :)) 



DONUT MUDAH

Bahan - bahan


- 500 g -tepung naik sendiri / tepung gandum *

- 1 s/t - bread softener * (optional)

- 1 paket - yis segera

- 50 g - mentega / marjerin

- 1 s/b - shortening

- 2 s/b - gula halus

- 2 s/b - susu pekat manis

- 2 s/b - susu tepung

- 1 biji telur + 1/2 s/t garam = dipukul sedikit

- 200 ml - air suam


Cara - cara



1) Masukkan air suam ke dalam bekas besar. Kemudian, masukkan  yis, mentega / marjerin, shortening,  gula halus, susu pekat manis dan  susu tepung. Kacau sebati. Ketepikan  dan biarkan sekejap selama 3-5 minit atau sehingga berbuih. 



2) Sementara menunggu yis  mengembang, ayakkan bahan-bahan  bertanda *



3) Masukkan 1/2 bahan yang telah  diayak ke dalam bekas berisi yis.  Kacau menggunakan sudu satu arah  sahaja sehingga sebati. Masukkan  pula adunan telur dan kacau  sebati.



4) Selepas itu, masukkan bahan  bertanda * selebihnya dan kacau  sebentar dan terus uli hingga  menjadi doh.



5) Adunan ini tidak perlu  direhatkan dan boleh terus tekap  doh sehingga selesai.



6) Rehatkan doh selama 20 minit  atau mengembang 2 kali ganda.



7) Panaskan minyak dengan api  sederhana besar. Apabila minyak  betul betul panas. Kecilkan sedikit  api dan boleh masukkan donut ke  dalam minyak dan goreng sehingga  bertukar warna kuning keemasan.



8) Hidangkan bersama gula halus +  gula aising atau topping kegemaran anda. Siap!! Selamat  mencuba  😊




NOTA: CARA MEMBUAT DONUT BOLEH RUJUK DI









1 comment:

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+