Langgan Percuma

Sunday, 25 December 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai uolss.. Sebenarnya resepi kuih manja ni dah lama terperap dalam ‘handphone’ sebab adik malas nak update blog. Tambah2 sesi persekolahan beberapa hari lagi nak mula. Sob2. Adik terfikir nak buat kuih ni pun sebab adik ada tengok kawan adik upload gambar kat insta. Tak pernah dengar sebenarnya kuih manja ni. Tapi, sebab nampak cam sedap ja, jadi adik pun google. Inti dia sebenarnya tak guna susu. Disebabkan banyak lagi lebihan susu yang dah di buka so adik buat keputusan ( amboi ayat ) untuk guna susu. Dan resepi untuk inti ni adik guna resepi cream puff ( In Sha Allah, ada masa adik buat ).





KUIH MANJA


CREAM CUSTARD

BAHAN - BAHAN

4 s/b - gula
2 s/b - t. Kastard
1 cwn - susu cair /
1/2 s/t - esen vanila
Sedikit pewarna kuning
1 s/b - marjerin
1 biji - telur (jika suka)

CARA CARA

1) Masukkan gula dan tepung kastard ke dalam periuk. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit dan kacau hingga semua sebati.
2) Masukkan esen vanilla dan beberapa titik pewarna kuning. Kacau rata.
3) Masak di atas api hingga adunan meletup2 dan likat. Tutup api.
4) Masukkan marjerin dan kacau hingga 
marjerin cair.
5) Sejukkan sebelum digunakan.

NOTA :

1)   Jika ingin menggunakan telur, masukkan selepas susu cair dimasukkan dan di ikuti dengan esen vanilla dan pewarna. :))
2)   Susu cair boleh diganti dengan air masak, Cuma rasa tak sesedap letak susu cair.

Sementara menunggu inti tu sejuk, boleh kita mula bancuh adunan untuk kulit kuih manja ni.

Bahan-Bahan Untuk Kulit 

1 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin cair
Secubit garam


CARA CARA

1) Pukul telur dan gula hingga kembang.
2) Kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
3) Selepas itu, sendokkan sedikit adunan dan tuang di atas kuali leper ( CARA SEPERTI MEMBUAT PANKEK), apabila kering,  letakkan sedikit inti di bahagian tengah ( adik guna ‘piping bag’ ) & lipat, picit dan angkat. 










NOTA :

CARA UNTUK MEMBUAT KUIH MANJA BOLEH RUJUK DI :




0

Tuesday, 13 December 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai! Kelmarin adik ada buat pisang goreng. Resepi Pisang goreng ni adik ambil dari blog SINI
. Sedap.. Cuma adunan ni kena cair tau. Jangan pekat sebab kalau pekat. Dia tak krup krap krup krap. Hehe.. Adik tak mau celoteh panjang2 sebab dah lewat. Ok. Selamat Menjamu mata. 😉


Pisang Goreng






Resepi dicedok : 
http://bilachahkedapur.blogspot.my/2012/09/pisang-goreng-kakak-kantin.html


Bahan-bahan:


1 biji pisang tanduk (potong mengikut kesukaan) * adik guna pisang ‘awak’
1 cawan tepung beras
Sedikit air
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
Garam
Sedikit kapur makan
1/2 cawan air (anggaran)



Cara-cara:

·         Bancuh tepung dengan telur, garam, serbuk kunyit dan kapur makan.

·         Bancuh sehingga menjadi doh seperti doh buah melaka.

·         Perapkan kira-kira 5 minit. (sementara menyediakan pisang, kuali dan minyak segala bagai)

·         Campurkan doh tadi dengan air sedikit demi sedikit. (yang 1/2 cawan tadi) sehingga menjadi adunan yang agak pekat. *tapi tahap kepekatannya lebih cair daripada bancuhan lempeng.

·         Masukkan pisang dalam bancuhan tepung.

·         Goreng dalam minyak yang panas. Apabila kerak gorengan sudah mengeras, balik-balik dan pecah-pecahkan. Sederhanakan api.

·         Goreng hingga kuning keemasan. Selamat Mencuba!! 😀








NOTA :

1) Pisang berangan kalau goreng sedap... rasa macam pisang nangka. :))

2) CARA MEMBUAT PISANG GORENG BOLEH RUJUK




0

Friday, 2 December 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai.. Kuih ni namanya Onde Onde ataupun dikenali sebagai Kuih Bom. Tau tak kenapa di panggil sebagai Kuih Bom?? Jeng3 Sebab.. kalau kita goreng lama, dia akan meletup atau tersengih2. Hehe . :D Jadi, adik akan bagitahu petua untuk tidak bagi Kuih Bom meletupppp.. lagipon mak ceq (saya) yang cerewet pon suka sebab kalau tak kena citarasa beliau , beliau tak mau makan. Tapi, bila buat pakai resepi ni mak adik makan banyak kali.😁






Kuih Bom Inti Kacang Hijau

Bahan Doh
 (dapat 12 biji saiz sederhana)

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1/4 s/t garam
1- 1 1/2 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:

Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan sedikit tepung pulut hingga doh dapat dibentuk.

Inti Kacang Hijau :
( dapat 50 biji saiz sebesar duit 20 sen duit lama)

250gm kacang hijau - rendam
3/4 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum (lebihkan jika guna gula merah dalam 5 s/b tepung gandum)

Cara membuat Inti (gula melaka) :

Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering.
Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. jika suka lebih manis boleh tambah gula. ( bagi adik rasa dah okay)
Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat..

Cara membuat inti (gula merah) :

Basuh kacang hijau dan toskan. Masak kacang bersama air secukupnya, biarkan sehingga airnya hampir kering. Dalam periuk lain, masak gula pasir dan gula merah bersama sedikit air. Tapiskan dan masukkannya ke dalam periuk berisi kacang hijau. Kacau sehingga sedikit kering. Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan sebelum kepal inti bulat bulat.

Nota:
Lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat kuih lain seperti kuih rengas

Cara membuat kuih bom:

Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi.
Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.
Golek golekkan ke dalam bijan hingga bijan di selaputi menyeluruh. Akhir sekali layangkan tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.
Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau dalam kuali sehingga agak kekuningan dan terus diangkat. Jangan lama, nanti meletup. Siap!! Selamat Mencuba. 😄








NOTA :

      1)     Jangan terus goreng kuih bom yang siap dimasukkan inti. Biarkan ia sebentar. Contoh, jika hendak makan pada waktu pagi, buat pada waktu malam dan tutup doh dengan kain bersih. Jika nak makan pada waktu petang buat pada waktu pagi.


      2)     CARA UNTUK MEMBUAT KUIH BOM BOLEH RUJUK :


                     
                    







0

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+