Wednesday 29 November 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini saya nak kongsikan resepi kek coklat indulgence. Sebenarnya saya buat kek ni waktu raya korban haritu. Tapi disebabkan malas. Jadi saya tak post la. Heheh. Maaf. Btw. Kek ni ramai suka tauu.. kawan2 adik semua suka. Siap ada yang bawak balik gi. Haha. Tapi saya ni bukannya pandai sangat nak hias2 ni. Dah tu comot pulak tu. So adik tolak. Tapi kalau tengok resepi ni. Mesti leceh kan. Memang leceh. Tapi kalau selalu buat. Ok lah. Dan saya nak buat kek ni pun sebab kak saya dia teringin. Nak kek indulgence macam secret recipe. Even tak 100 % sama. Janji sedap. Dan untuk kek ni saya tak letak gelatin sebab tak dan nak beli. Dan untuk kek ni jugak walaupun tak letak gelatin . Rasa dia still sedap cuma tak boleh letak kat luar lama2 .Dan kalau nak lepa pun jangan biar kat luar lama2.  Sebab bila dah lembik tu nak lepa jadi tak elok. Ok. Yang tu sajaa. Taaaa..



Bahan-bahan kek coklat

4 biji telur
180 gram gula kastor
150 gram tepung kek
20 gram serbuk koko
70 gram air
15 gram ovellet
50 gram minyak jagung
1 tspn baking powder

Bahan-bahan krim putih

50 gram gula kastor / gula aising
120 gram unsalted butter
4 gram gelatin (optional)
50 gram air
100 gram coklat putih
260 gram whipped cream
2 biji kuning telur

Bahan-bahan krim coklat

50 gram gula kastor / gula aising
120 gram unsalted butter
4 gram gelatin (optional)
50 gram air
100 gram coklat
260 gram whipped cream
2 biji kuning telur

Bahan-bahan Coklat ganache

100 gram whipped cream
100 gram coklat masakan

Cara Membuat Kek Span Coklat

Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung.
Pukul adunan sehingga gebu, kental dan bertukar menjadi pucat. Elakkan pukul terlebih lama kerana ia akan menyebabkan kek jatuh apabila dibakar.
Masukkan minyak jagung dan kacau menggunakan spatula.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar suhu 160 selama 30-40 minit mengikut oven masing-masing. Biarkan sejuk sebelum dipotong 2 atau 3 bahagian.

 Cara Membuat Krim Coklat

Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.
Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler sehingga telur bertukar warna kepada pucat.
Ketepikan. Satukan adunan telur dengan coklat yg telah dicairkan.
Didalam bekas yg lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satu kan dengan adunan telur.
Dalam bekas yg bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.
Simpan didalam peti sekurang kurangnya 1 jam sebelum digunakan⁠⁠⁠⁠

 Cara Membuat Krim Putih

Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.
Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler sehingga telur bertukar warna kepada pucat.
Ketepikan. Satukan adunan telur dengan coklat putih yg telah dicairkan.
Didalam bekas yg lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satu kan dengan adunan telur.
Dalam bekas yg bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.
Simpan didalam peti sekurang kurangnya 1 jam sebelum digunakan⁠⁠⁠⁠

Cara Membuat Coklat Ganache

Panaskan whipping cream sebentar. Jangan sampai mendidih. Bagi suam2  ja. Kemudian, tuang whiping cream ke dalam coklat masakan dan kacau hingga sebati.

Cara untuk menyusun

Ambil lapisan kek yg pertama. Kemudian paipkan krim putih diatas kek.
Untuk lapisan kedua kek, paipkan dengan krim coklat dan ulang sehingga habis.
Salut kek dengan lebihan krim coklat dan simpan didalam peti sekurang2nya 8 jam
Selepas kek betul2 sejuk, siramkan dengan chocolate ganache. Biarkan kek sejuk dan sedia dihidang.

Tips :

Untuk dapatkan potongan yg cantik, panaskan pisau terlebih dahulu. Selamat mencuba




1

Friday 10 November 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. haii.. harini adik nak kongsikan resepi sambal daging. Dah lewat tapi adik nak jugak update sebab banyak lagi resepi yang adik tak sempat dan malas nk update. Adik rajin upload kt youtube. Hehehe. Ok. Tak mau taip panjang2. Adik pun dah ngantuk. Nak tidoqq.. besok tuisyen. Btw. Resepi sambal daging ni sangatlah simple dan memang sedappp.. adik memang suka kalau makanan berdaging. Hehe. Jangan lupa cuba naihh. Dan sebelum tu. Nak habaq. Hiris daging tu nipis2 tau. Sebab nak bagi cepat empuk. Tapi janganlah nipis melayang . Satgi qhelai(hancur) semua. Hehe. Ok... taaa.. 



Resepi Sambal Daging

Bahan bahan

1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 btg serai (diketuk)
5 - 7 s/b cili kisar
Isi daging secukupnya
Air secukupnya
2 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
Garam gula secukup rasa

Cara cara

Tumis bwg putih dan bwg besar hingga layu. Masukkan serai dan cili kisar. Biarkan cili masak dan masukkan daging dan air. Masak daging hingga empuk. Masukkan sos cili dan sos tiram. Perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. Tutup api. Siappp

Cara cara nak buat sambal daging


0

Thursday 2 November 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. haiii. Harini adik nak kongsikan resepi kek pandan gula melaka. Maaflah adik jarang update blog sekarang ni sebab sibuk dengan final exam dengan malas. Hehe. Ok. Berkenaan dengan kek ni. Kek ni sedappp tau kalau sapa yang suka pandan dan memang kena dengan gabungan pandan dan gula melaka. Tapi rasa manis sikit sebab swiss meringue. Actually ni first time adik buat buttercream yang leceh2 ni. Tapi alhamdulillah sedapp.. tak rasa pun hanyir putih telur tu. Dan adik buat kek ni waktu raya aidiladha haritu lepas tu kawan adik ada yang bawa balik. Hehe. Ok la noh. Taaa.



Resepi Kek Pandan Gula Melaka

Kek span pandan

Bahan bahan

4 biji telur
180 g gula kastor
1 s/t esen vanilla
1 s/t ovalatte
40 g air pandan + 30 g santan + sedikit pewarna hijau
1 s/t baking powder*
170 g tepung gandum*
(*ayak)
50 ml minyak jagung

Cara cara

Putar semua bahan sehingga gebu dan likat. Putar lebih kurang 5-10 minit(bergantung kepada mixer) pada kelajuan maksimum. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kaup balik rata. JANGAN terlebih pukul. Cukup untuk sebati saja tauu. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 160°C (ikut suhu oven masing2) selama 30 - 40 minit. Selepas kek dah masak. Letakkan kat luar dalam 2 - 3 minit dan cepat2 telangkup. Selepas tu cepat2 telangkup sebelah lagi. Sebab nak elakkan kek turun. Biarkan kek sejuk sebelum dipotong 2 atau 3 bahagian.

Tips : kalau nak tau adunan dah likat dan gebu. Bila kita angkat dia macam reben. Dia berlipat2. Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok kat video ya. Jangan terlebih pukul. Nanti dia mendap bila kek dah masak.

Swiss Meringue

Bahan bahan

4 biji putih telur
200 g gula kastor
240 g mentega

Cara cara

Masukkan putih telur dan gula kastor dalam satu bekas. Kacau sedikit dan letakkan di atas periuk berisi air panas (double boiler) dan terus kacau sehingga tiada ketulan gula. Kemudian, pukul telur sehingga adunan kental ( dah tidak panas bila kita letak tangan kat bawah bekas dia dah sejuk).  Kemudian masukkan mentega sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati.

Sirap Gula Melaka

Bahan bahan

50 g gula melaka
1 s/b gula pasir
1/2 cwn air

Cara cara

Masukkan semua bahan dan masak hingg pekat.

Cara penyediaan

Ambil sekeping kek dan letakkan buttercream. Letakkan sedikit sirap gula melaka dan ambil sekeping kek lagi dan letakkan buttercream dan ratakan. Hiaskan mengikut kesukaan dan letakkan lebihan sirap gula melaka. Sejukkan dan siap dimakannnn... yummy





Cara cara membuat



2

Saturday 21 October 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. Harini adik nak kongsikan resepi sandwich ayam yang dah lama  terperuk dalam phone. Resepi ni adik ambil dari cikgu adik waktu cikgu mengajar masak tahun lepas. Hehe. Syokkk. Macam2 cikgu bagi resepi. Tapi adik tak la ikut sebijik2 sebab ada barang yang tak da. Ha lepas tu. Rasa dia sedappp dan simple ja nak buat. Ok. Taaa..


Resepi Sandwich Ayam

Bahan bahan (sos)

1 s/b marjerin
2 s/b brown sauce (knorr)
Sedikit air

Cara cara

Cairkan marjerin dan brown sauce. Kemudian masukkan air dan masak hingga sedikit likat. Tutup api. Ketepikan.

Bahan bahan ( inti ayam)

1 s/b marjerin
1 labu bwg holland /besar
1/2 batang lobak merah
2 keping dada ayam
1 s/b mayonis
Sedikit sos yang dimasak tadi

Cara cara

Tumis bawang bersama marjerin. Biarkan sedikit layu, masukkam ayam dan lobak. Biarkan sehingga ayam masak dan masukkan mayonis dan sos tadi. Kacau rata . Tutup api dan ketepikan.

Cara penyediaan

1) Sapukan marjerin pada permukaam roti. Letakkan inti dan sos tadi. Ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas sekeping roti yang diletakkan sos dan ayam. Siap dan sedia dihidangkan.


Nota - boleh juga letakkan sayur lain macam timun,salad. 😊

Cara cara membuat sandwich



1

Monday 9 October 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. haii. Harini adik nak kongsikan resepi biskut ombak rindu. Biskut ni adik rasa mahal jugak sebab kos nak buat tu tinggi. Yang tinggi nya tu kat badam. Tapi sebab kat rumah tak da badam seketui2 tu. Adik pakai yang kecik2. Tapi sedap .... Haaa.. biskut ni adik dah buat lama dah. Waktu raya haji haritu tapi maklumlah. Adik malas nak update resepi kat sini hehe. Sorry... heee.. btw biskut ni sedap rapuh. Skali mkn mmg nk mkn lg. Serius2. Adik tak tipu sedapp.. sebalang adik taruh(simpan) kat adik. Sebalang tu jugak habis dalam masa semingguu.. heee... lepas tu apa lagii. Timbang2 berat.... heheheh. Resepi adik buat ni adik tak letak pun butter oil semua tu sbb adik nak bagi perabih ja bahan yang ada kat rumah. Tapi kalau letak lagi sedap. Adik ambil resepi ni kat azlita masam manis. Search la noh. Malas nak letak link. Hee. Btw resepi yang adik bagi kat bwh ni resepi yang adik ada olah . Maksudnya ada yang adik tak letak. Macam butter oil tu.. Ok la. Taaa..



BISKUT OMBAK RINDU

Bahan bahan

250 gm butter
70 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perasa moca
5 gm Nescafe*
5 gm air panas ( Nescafe + air panas jadikan pes )
1 biji telur
330 gm tepung gandum*
8 gm serbuk koko*
3 gm baking powder*
3 gm Soda bikarbonat*
200 gm choc rice
60 gm cornflakes ~ kisar kasar
80 gm Almond nibs ~ panggang sebentar
coklat putih ~ cairkan untuk hiasan
Badam biji ~ di bakar

Cara cara

Dalam mesen pemutar, putarkan dengan speed sederhana , mentega, gula, esen vanilla, moca dan nescafe paste hingga sebati
Masukkan telur dan pukul sebentar
Masukkan campuran bahan kering(*) dan gaul sebati
Akhir sekali masukkan, coc rice, almond nibs dan cornflakes, gaul rata
Sediakan dulang pembakar
Bentukkan doh atas dulang. Tekan guna garfu untuk hasilkan corak.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160° C selama 20 ~ 25 minit
Bila dah masak sejukkan
Sementara itu cairkan coklat masakkan putih secara double boiler
Paipkan atas biskut yang telah sejuk
Hiaskan dengan badam bakar di atasnya. Siapp





Cara cara membuat biskut ombak rindu


0

Sunday 24 September 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi lasagna kari. Haa.. kalini adik buat inti kari daging sebab keluarga adik tak makan sangat yang inti tomato jadi adik tukar kepada kari. Selain buat lasagna. Boleh guna resepi ni nak buat makaroni. Sedappp.. hee.. simple ja nak buat. Tapi tu laa.. sapa yang diet tu... ekhemm.. habis laaa... hahaha.. ok. Taaaa...



Resepi Lasagna Kari

Bahan bahan

250 g lasagna
Keju mozarella
Keju cheddar

Bahan bahan inti

1 labu bawang holland /besar
2 s/b serbuk kari + sedikit air
400 g daging/ayam kisar
1 s/t basil
1 s/t lada hitam
Garam secukup rasa

Cara cara

Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan pes kari dan sedikit air. Biarkan sehingga pecah minyak, masukkan daging,garam,lada hitam dan basil. Tutup api. Ketepikan.

Bahan bahan sos putih

2 s/b butter
2 s/b marjerin
3 cwn susu cair / fresh milk
Sedikit garam
1/2 s/t lada putih & hitam
Sedikit garam
2-5 keping keju cheddar

Cara cara

Cairkan butter, masukkan tepung gandum. Kacau dan masukkan susu, lada dan garam kacau dan masukkan keju. Biarkan kuah sedikit pekat. Tutup api dan ketepikan.

Cara penyediaan

1) letakka  sedikit inti di loyang.
2) ambil lasagna dan susun di loyang.
3) letak inti, sos,keju,lasagna,inti,sos,keju dan ulang hingga selesai.
4) bakar pada suhu 160°C(ikut suhu oven masing2) selama 30-35 minit. Siapp!!..





Cara cara membuat lasagna






1

Friday 15 September 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi pavlova. Aaa. Bagi adik sedap ja. Tapi tak berapa suka sangat sebab manis. Rasa dia macam chewy2 kat luar. Kalau buat yang besar2 macam ni adik tak makan sangat. Tapi kalau buat mini adik makan jugak sebab yang mini tu dia rasa seakan2 gula kapas yang kaler pink tu. Hee. Kak adik pun suka yang mini pavlova berbanding yang besar. Jadi sapa2 nak cuba bolehlah. Sebab senang sangat nak buat
 Cuma perlukan kesabaran sebab nak bakar lama. Ok. Taaaa..


Resepi Pavlova

Bahan bahan

4 biji putih telur
200 g gula kastor
1 s/b cuka
1s/b tepung jagung
1 s/t esen vanilla

Cara cara

1)Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 120°C (ikut suhu oven masing2). Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental sambil2 masukkan tepung jagung,cuka dan esen vanilla.
2) Letakkan adunan di atas baking paper dan bentukkan seperti kek.
3) Bakar selama 2 jam - 2 jam 15 minit. (Kalau tak melekat kat tangan . Masaklah tu). Sejukkan.

Bahan bahan topping

1 - 2  cwn whipping cream
Strawberi
Kiwi
@ buah buahan yang masam

Cara cara

Pukul whipping cream hingga kental.

Cara penyediaan

Letakkan whipping cream yang siap dipukul ke atas pavlova. Tabur buah buahan masam. Sejukkan dan boleh dimakan. Siapp.



Cara cara membuat pavlova


0

Tuesday 12 September 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi kek snowy cheese. Haa. Mesti ramai yang suka kan? Tambah2 yang penggemar keju. Kek ni sedapp. Lembut,lemak2 berkrim. Sedap sangat kalau kita makan waktu sejuk. Lajuu ja. Dan kalau nak dapatkan leleh tu kena lebihkan sedikit fresh milk. Tapi kalau nak buat leleh elok kalau letak dalam bekas kecik2. Adik buat sebiji terus sebab ni kek birthday kak adik. Hehe. Buat suprise katakan. Sebab balik ja dari sekolah terus adik ajak kawan adik teman nak beli telur. Sebab telur yang segar tu hasil kek nanti jadi lebih elok tau. Lepas balik ja terus adik pi dapur. Ktank ktunkk ktankk ktunkk kalut sebab nak buat suprise kat kak adik sebelum dia sampai rumah. Adik sambut birthday dia lambat sebab waktu tu dia ada kat matrik. Ni bila dia balik adik excited nak sambut. Last2 tak menjadi pun suprise. Sebab kek semua tak dan nak siap elok. Heheh.. ok. Taaa


Resepi Kek Span Vanilla

Bahan bahan

4 biji telur
180 g gula halus
1 s/b ovalatte
1 s/t esen vanilla
70 ml air
170 g tepung gandum*
1 s/t baking powder*
(*ayak)
50 ml minyak jagung

Cara cara

Panaskan oven selama 10 minit. Masukkan semua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan paling tinggi dalam 4-6 minit sehingga gebu,putih dan likat(bertali). Kemudian, masukkan minyak jagung dan gaul sebati sahaja. Bakar pada suhu 160°C (ikut suhu oven masing2) selama 30 - 40 minit. Keluarkan dari oven dan telangkupkan cepat2. Kemudian telangkup sekali lagi. Kalau boleh lakukan dengan cepat tau. Sebab nanti takut kek mendap. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Frosting Cream Cheese

Bahan bahan

250 g cream cheese
1/2 cwn fresh milk (lebihkan kalau nak leleh)
1/2 cwn susu pekat
1 s/t esen vanilla (optional)

Cara cara

Putar semua bahan sehingga sebati. Ketepikan

Cara penyediaan

Ambil sekeping kek letak frosting,letak kek,letak frosting. Letakkan keju cheddar parut secukupnya. Sejukkan sebelum dihidangkan. Siapp




Cara cara membuat kek snowy cheese


0

Thursday 7 September 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii . Harini adik nak kongsikan resepi churro bowl.  Haaa. Penah makan tak? Sedappppppppp.. memang sedap. Hehe. Letak aiskrim dalam bowl tu lepas makan. Yummy . Resepi ni adik ambik dari youtube tasty. Rasa macam churros. Dan resepi ni juga boleh buat churros tau. Dan adik ingatkan siap2 tau. Disebabkan cuaca kat sini panas, jadi waktu nak goreng tu kena panaskan api dahulu sehingga betul2 panas. Lepas tu ambik churro dan terus goreng. Kalau tidak churro tu lembik. Jadi, bila dah lembik memang tak elok sangat2 dan pastikan churro betul2 keras tau sebelum digoreng. Hehe. Okla. Taaa



Resepi Aiskrim Churro Bowl

- 1/4 cwn butter / marjerin
- 2 s/b gula perang / gula pasir
- 1/2 garam
- 1 cwn air
- 1 cwn tepung gandum
- 1 s/t esen vanila
- 4 biji telur

Cara cara

Cairkan butter, garam dan gula sehingga mendidih. Masukkan tepung dan tutup api. Kacau sebati. Sejukkan sebentar. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau rata. Kemudian,ambil loyang untuk cupcake. Paipkan adunan di permukaan bawah loyang. Letak dalam peti sejuk. Biarkan ia betul2 beku. Selepas itu, panaskan minyak sehingga betul2 panas dan goreng sehingga kuning keemasan. Salut dengan gula kastor dan scoopkan aiskrim. Boleh makann.. yummy..

NOTA

 Kena cepat2 tau. Sebab nanti lembik. Bila lembik kita goreng memang tak elok sebab dah lembik. Jadi kena buat cepat2. Ataupon selepas adunan tu dah beku, tanggalkan ia dan sementara tunggu minyak panas, letak dalam peti ais.




Cara cara membuat churro bowl


1

Thursday 31 August 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi cucur udang. Adik tau mesti ramai yang dah tahu nak buat kan. Tapi tak pa la noh. Adik post jugak. Hehe. Macam besa la. Sedapp. Hehe.. adik buat cucuq ni pun sebab mak adik request tapi bila adik dah siap goreng. Mak adik keluaq. Sebab hantaq jiran pi hospital. Lepas tu pulak mak balik lambat dekat 11 p.m jugak la. Tapi tak pa. Balik tu mak dan makan. Hehe. Dan sapa2 nak try boleh sangat sebab senang ja nak buat. Main campak2 ja. Hee. Oklah noh.. taaa

Resepi Cucur Udang


Bahan bahan

 2 tongkol jagung
Seikat kucai
5 biji cili melaka
Segenggam taugeh
1 s/k garam halus
1 s/b gula pasir
1/4 s/t soda bikarbonat
1/2 s/b serbuk kunyit
Segenggam udang kecil
3 cwn tepung gandum
2 1/4 cwn air

Cara cara

Masukkan semua bahan kecuali tepung dan air. Kacau sebati. Selepas itu, masukkan tepung dan air. Kacau hingga rata. Biarkan sebentar 10-15 minit. Panaskan kuali, ambil sedikit adunan dan goreng hingga kuning keemasan dengan api sederhana. Siapp..



Cara cara membuat





0

Tuesday 22 August 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi puding roti ala ala kek. Haa.. macam mana tu? Kalau tidak adik tak mau buat gi puding ni tapi kebetulan tengok ada roti yang masih banyak. Lepas tu pulak tengok ada acuan yang adik baru beli. Ha.. jadi tiba2 adik ada idea nak menerai (cuba) buat puding roti ala ala kek. Sedappp ooo. Tapi kalau sapa2 tak da acuan pun boleh ja letak dalam bekas biasa dan kalau nak buat guna acuan ni kena la ada mood rajin. Haha. Tapi jangan risau. Tak lama pun nak layerkan dia sebab dia cepat sejuk. Tapi apa apa pun Alhamdulillah. Sedapp.. hehe. Walaupun first time adik try buat. Hee.. oklah. Taa. Assalam.



Resepi Puding Roti Ala Ala Kek

Roti kering (biskut hup seng)
- 15 keping *
1 tin susu cair*
1 tin air *
1 tin susu pekat
4-5 s/b gula pasir*
1 biji telur*
Agar agar tali 30 g (rendam sebentar dgn 10 - 15 cwn air)
Sedikit garam kasar


Cara cara

1) Masak air dengan agar2 tali hingga agar2 larut.
2) Sementara itu, kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
3) Apabila agar2 dah hancur, masukkan bahan bahan kisar dan kacau sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan sedikit garam.
4) Sentiasa kacau adunan dan biarkan adunan menggelegak dan tutup api.
5) Cepat2 tuang dalam loyang sebab puding ni cepat beku dan sejukkan.
6) Siap dan boleh dimakan.







Cara cara membuat puding roti


0

Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Haii.. harini adik nak kongsikan resepi cucur kembung manis. Haa.. cucur ni la yang viral tu. Tapi yg adik punya tak la kembung bulat comel2 tu tapi rasa dia sedap sungguh. Adik suka lagi resepi kalini dari resepi ni sebab resepi kalini rasa lemak2 dari susu tu. Rasa macam tak puas bila makan. Lepas tu kalau sejuk pun dia masih lembut. Tak keras. Oklah. Taaaa..


Cucur Kembung Manis

Bahan bahan

2 cwn - tepung gandum
1/2 s/t - garam halus
2 - 4 s/b - gula pasir
1/4 cwn - susu pekat
2 cwn - air panas menggelegak
*pastikan air yang dijerang tau, bukan daripada penapis air. 😊

Cara cara

1) campurkan tepung gandum, garam,gula dan susu pekat. Kacau sebati.
2) masukkan air panas perlahan2 dan gaul hingga sekata. Biarkan adunan sejuk dalam 10 - 15 minit sebelum digoreng
3) Bulatkan adunan dan goreng dalama minyak sederhana panas hingga kuning keemasan.
4) Sebelum tu basahkan tangan dengan air sebelum mengentel adunan. Siaapppp.






Cara cara membuat cucur kembung


0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. harini adik nak kongsikan resepi bubur kacang hijau. Sat ja nak buat. Sebab pakai periuk noxxa. Tak yah rendam pon. Kod2 kalau ada tetamu mengejut ka. Lepas tu tak tau nak buat apa boleh buat bubur ni pakai periuk noxxa. Sebab sat lepas tu sedapp. Hee.. adik buat bubur ni sebab abah adik nak bawak pi kat kawan abah. Tu yang dapat banyak. Dan abah adik pun kata sedap. Siap tambah bermangkuk mangkuk . Hehe. Resepi kat bawah ni dapat banyak tau. Boleh makan dalam 10 orang centu. Tapi kalau tak habis tak pa. Boleh buat aiskrim. Sedap pun sedap. Hee. Oklah. Taa




BUBUR KACANG HIJAU

Bahan-bahan ( satu periuk )

500 g kacang hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan gula merah + 10 s/b gula (cairkan dan tapis)
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
1/2 cwn sagu mata ikan
1 1/2 jag air
2 tongkol jagung

CARA CARA

1. Masukkan kacang hijau dan air ke dalam periuk Noxxa. High preasure selama 15 minit.
2. Setelah itu, tolak button preasure yang ada di tudung periuk untuk membuang wap air. Tekan mode stir fry masukkan santan, gula pasir + gula merah (masak dan tapis), biji sagu serta garam untuk lemakkan bubur tersebut. Masak dalam 5 minit.. siap

Nota :
 1) kacang hijau boleh terus dibuat. Tak payah rendam. Tapi haritu ada mood rajin tu yang adik rendam dalam 1 jam.
2) kalau nak cair boleh tambah lagi air.




Cara cara membuat bubur kacang hijau


0

Saturday 19 August 2017


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. harini adik nak kongsikan resepi tomyam thai ayam. Haaa.. nak tau tak sebab apa adik letak Thai disitu? Sebab adik ada letak sos ikan. Sos ikan tu la yang menjadi makanan thai. Tapi tak tau la noh. Kod la adik ada salah ka. Maaf. Ha. Btw ni first time adik buat tomyam tau. Ni pun adik mintak resepu kat mak adik sebab adik teringin nak buat . Tapi alhamdulillah jadi dan sedap. Heee. Dan ada juga orang letak susu kan? Tapi adik tak letak sebab tak berapa nak suka. Heee.. oklah selamat mencubaaa.. taaa


Tomyam Thai Ayam

Bahan bahan

1 labu  bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inc halia
2 batang serai (diketuk)
3 s/b cili kisar
3 s/b pes tomyam *
3 keping asam gelugor*
2 biji limau kasturi *
2 biji tomato*
2 s/b sos ikan *
5 helai daun limau purut*
Garam gula secukup rasa
Ayam secukupnya (boleh guna daging,udang )
2 batang lobak merah*
1/2 labu kubis bunga*
1 batang daun saderi*
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara cara

Tumis bawang, serai dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Biarkan sehingga cili pecah minyak. Masukkan ayam. Biarkan sebentar. Masukkan air. Masukkan bahan bertanda *.   Biarkan semuanya masak dan perasakan dengan garam gula. Biarkan sebentar, tutup api dan siap dihidangkan.

Nota
Boleh makan bersama bihun dan mee yang dicelur. 😁




Cara cara membuat tomyam 


0

Friday 18 August 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ok. Harini adik nak kongsikan resepi pancake yang basic saja. Hee.. senang tau. Boleh buat untuk sarapan pagi. Pancake ni sedap sangat2. Adik suka. Rasa daripada esen vanila tu yang membuatkan adik makan berkali2. Hehe. Ikutkan adik nak breakfast nasi goreng tapi disebabkan rasa muak makan nasi goreng selalu. Jadi apa salahnya kan kita tukar2 menu pulak. Hee. Ok. Taaa



Resepi Pancake

Bahan bahan

1 1/2 cwn - tepung gandum
1 1/4 cwn - susu cair
2 s/b - gula pasir
1/4 s/k- garam
1 biji telur
1/4 cwn - butter cair / minyak jagung
1/2 s/t - esen vanila
2 s/t - baking powder

Cara cara

Campurkan tepung gandum,gula,garam dan baking powder. Kacau rata. Masukkan susu cair,telur dan esen vanila. Kacau sebati. Selepas itu, masukkan minyak dan gaul rata. Biarkan sebentar. Sementara itu, panaskan kuali non stick. Letakkan sedikit minyak dan lap semula dengan tisu dapur. Selepas kuali panas, ambil sesenduk adunan. Biarkan sehingga gelembung2 terhasil dan terbalikkan dan boleh diangkat. Pastikan api perlahan. Buat sehingga habis. Boleh dihidangkan bersama madu atau mengikut citarasa. Siapp..




Cara cara membuat pancake


0

Rakan Di Facebook