Langgan Percuma

Saturday, 18 February 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haiii.. Hari ni adik nak kongsikan resepi roti sosej berkeju goreng. 😊 Sedap tau lagipun cara membuatnya pun mudah sangat. Tak sampai 10 minit dah siap. Ni pun adik buat sebab abg adik balik cuti. Lepas tu dia teringin jadi adik pun buat. Hehe.. Ok. Taaa..



Resepi Roti Sosej Berkeju Goreng 

BAHAN BAHAN

5 keping - Roti
5 batang - Sosej (celur sekejap)
1 keping keju Cheddar (potong 5 bahagian)
1 s/b - Tepung Gandum + sedikit air
2 biji - Telur
Serbuk roti secukupnya

CARA CARA

1) Gelek roti sehingga nipis.
2) Letakkan keju diikuti dengan sosej.
3) Sapu sedikit adunan tepung dan gulung kemas. Buat sehingga habis.
4) Panaskan minyak.
5) Sementara menunggu minyak panas, potong roti kepada 2 bahagian secara serong.
6) Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul sehingga sebati.
7) Ambil roti , salutkan dengan telur dan serbuk roti. Masukkan ke dalam minyak. Dan goreng hingga keemasan.
8) Siap di hidangkan. Selamat Mencuba! 😊




Video Resepi Roti Sosej Berkeju Goreng



0

Saturday, 4 February 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. Maaf la adik sibuk sejak kebelakangan ni sebab banyak kerja nak kena buat especially kerja sekolah. Hehe.. ya la. Nama pun budak sekolah. Ok. Adik tak mau cakap bebanyak sebab besok adik ada ujian untuk bulanan. Wish me luck!



 


Resepi Sambal Telur Puyuh

Bahan- Bahan

1 labu - Bwg Besar
6-10 s/b - Cili Kering (potong2, rebus dan kisar halus)
2 keping - Asam Gelugor / Asam Keping
Air secukupnya
2 s/b - Sos Cili
2 s/b - Sos Tomato
1 s/b - Gula
Garam secukup rasa
20 biji atau lebih - Telur Puyuh

Cara2

1. Rebus telur puyuh hingga masak. Sejukkan sedikit dan kupas kulitnya. Basuh sedikit untuk hilangkan lebihan kulit yang terlekat.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu.
3. Masukkan cili kisar dan kacau sebati. Tunggu hingga ia pecah minyak. Masukkan asam gelugor / asam keping.
4. Kemudian, masukkan air diikuti dengan sos cili, sos tomato, garam dan gula.
5. Tunggu hingga kuah sedikit pekat dan masukkan telur puyuh. Kacau rata dan tuangkan ke dalam pinggan. Siap!
 Selamat Mencuba! 😊








Jom Layan Video Resepi Sambal Telur Puyuh! 


0

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+