Friday, 17 March 2017

Resepi Kentang Putar & Ayam Goreng KFC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haiii.. Adik terdetik nak buat makanan ni sebab .... tahun lepas. Untuk pelajar tingkatan 3 ada buat aktiviti luar iaitu permainan bowling. Heee.. alhamdulillah. Geng adik dapat no. 5. Terkejut jugak sebab tu first time uolss adik main.

Heeee.. dapat strike sekali. Hehe.. Selepas kami main, kami pi cari makan kat KFC. Masa tu la adik ternampak makanan ni. Hehe.. adik tak tau nak panggil apa.. Sedapp.. Harga pon ok.

Dalam lima ringgit. Lepas tu bila adik nak beli lagi dalam tahun ni dah tak da. Jadi adik pun buat sendiri. Walaupon tak sama 100 % tapi tetap sedap + kenyang. Alhamdulillah.



Resepi Kentang Putar + Ayam Goreng KFC

BAHAN UNTUK KENTANG PUTAR

3 biji- Kentang (kupas, basuh dan hiris nipis2)
Sedikit susu cair
2 s/b butter
Sedikit garam
Sedikit lada hitam

CARA

Rebus kentang sehingga empuk. Toskan. Masukkan dalam bekas dan lenyek hingga tiada ketulan besar kentang.
Kemudian, masukkan susu cair,butter,garam dan lada hitam. Kacau sebati. Ketepikan.

BAHAN UNTUK AYAM GORENG

2 s/b - BBQ seasoning ( adik beli dekat pasaraya ISTAFA harga dalam sebelas ringgit)
3 keping - Dada ayam ( potong dadu)
Serbuk roti secukupnya

CARA

Masukkan bbq seasoning ke dalam bekas. Masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian, masukkan ayam dan sebatikan. Biarkan seketika. Sementara itu, panaskan minyak. Setelah minyak panas, ambil ayam dan salutkan dengan serbuk roti. Goreng hingga keemasan.

Nota : untuk ayam tak perlu letak garam sebab bbq seasoning dah masin.

CARA PENYEDIAAN

Ambil mangkuk, masukkan ayam, diikuti dengan kentang. Letak sos cheese dan ulang semula hingga habis. Siap!!




Video Resepi Kentang Putar Dan Ayam Goreng

No comments:

Post a Comment

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira. Jom cuba resepi paling sedap dan mudah di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook