Langgan Percuma

Friday, 28 April 2017


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi cekodok pisang. Adik buat cekodok ni kelmarin lepas balik dari kem. Lagipon waktu adik pi kat dapur adik tengok ada pisang yang dah ranum. Jadi sebelum pi teman mak kerja, adik buat dulu cekodok ni. Boleh makan kat sana. Nyummy.. hee. Sedap sebab kat luar rangup dalam lembut.



Resepi Cekodok Pisang / Jemput - Jemput Pisang

Bahan - Bahan

10 biji - pisang emas (boleh juga guna pisang yang lain)
2 s/b - gula perang
2 s/b - gula pasir
1/2 s/t - garam
1/4 s/t - soda bikarbonat
2 s/b - tepung beras
1 cwn - tepung gandum

Cara - Cara

Masukkan pisang yang telah dibuang kulit, gula pasir , gula perang dan garam. Lenyekkan sehingga lumat. Masukkan tepung gandum, tepung beras,soda dan garam. Kemudian, gaul sebati. Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan dan jemput - jemputkan ke dalam kuali. Goreng sehingga masak dengan api sederhana. Ulang sehingga adunan habis. Siap!

NOTA :
1) Kalau tak ada gula perang boleh letak gula pasir sahaja. ☺
2) Adunan ni memang lembik tau jangan risau. 😊


Video Resepi Cekodok Pisang Rangup 

0

Friday, 14 April 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai... Harini adik nak kongsikan resepi apam tapai nasi. Sedap tau. Tak macam apam yang adik pernah buat sebelum ni. Banyak kali jugak adik buat. Tapi tak pernah lembut macam apam ni. Tapi, sebelum nak buat tu, kena sediakan tapai nasi lebih awal. Sebab ambil masa untuk buat tapai. Dalam 2 - 3 hari. Ok. Tak mau bebel panjang2. Jemputlah tengok. 😁


Resepi Apam Tapai Nasi

Bahan-bahan (A)

1 cwn - nasi sejuk
2 s/b - ragi

CARA CARA (A)

Dalam satu bekas yang mempunyai penutup. Masukkan nasi serta ragi. Selepas itu, kacau sehingga nasi dan ragi bercampur. Tutup bekas dan simpan di tempat yang gelap atau letakkan bekas untuk buat tapai dalam satu kotak dan biarkan selama 2 hari  atau sehingga nasi menjadi berair. Tapai nasi siap. Ketepikan.

#jangan letak bekas nasi tapai dalam peti ais. Biarkan di luar / suhu bilik.

Bahan- bahan (B)

2 cwn - tepung beras
3/4 cwn - gula
2 cwn - air
1 paket / 2 s/t - eno

Cara-cara (B)

Masukkan tapai nasi, gula, tepung beras dan air kecuali eno ke dalam pengisar. Kisar halus. Tuang ke dalam bekas dan perap selama 5 - 6 jam atau semalaman dalam peti ais. Keluarkan adunan dan masukkan eno. Kacau sebati. Bahagi dalam beberapa adunan dan letak pewarna jika suka. Kacau rata. Panaskan kukusan. Susun acuan lompang dalam periuk kukusan. Apabila air mendidih. Kukus acuan sahaja dalam 3 minit. Kemudian, tuang adunan dan kukus semula selama 10 minit atau hingga masak. Hidang bersama kelapa parut + sedikit garam.

NOTA
- adik kukus sekejap kelapa untuk bagi tahan lama.







Video Resepi Apam Tapai Nasi Lembut
0

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+