Wednesday, 31 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi kuih buah melaka / onde-onde . Kuih ni sangat2 lah senang nak buat. Tak sampai 30 minit pun nak buat. Keluarga adik suka sangat kuih ni. Sedap. Kenyal2 dan manis gula melaka tu memang terangkat. Kadang adik panggil kuih ni onde - onde mak adik tanya "yang dalam inti kacang tu ka". Adik kata " daklah. Yang ada gula melaka tu". Hehe. Mak adik kata tu namanya buah melaka. Tapi tak kisahlah apa2 nama pun yang pasti kuih ni sedap. Ha nak bagitau yang kui onde - onde / kuih bom tu adik ada buat tau. Lama dah. Dan ada dah pun kat dalam blog ni. Jadi sapa nak jenguk boleh tekan Sini. Ok. Taaa



Resepi Kuih Buah Melaka / Onde - Onde

Bahan bahan

2 keping gula melaka - potong kecil
2 cwn - tepung pulut
2 s/b - tepung gandum
1 - 1 1/2 cwn - air pandan / air masak
Sedikit pewarna kuning dan hijau
Sedikit esen pandan (jika suka)
Kelapa parut + sedikit garam (gaul rata)

Cara cara

Masukkan tepung pulut diikuti dengan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat dekat tangan. Jika lembik. Campurkan sedikit tepung pulut lagi ke dalam adunan. (Air jangan tuang semua tau. Agak2 ja). Kemudian, ambil sedikit adunan. Kepal2 dan leperkan. Letak inti dan tutup semula. Bulatkan2 dan buat sehingga selesai. Dalam satu periuk. Isikan air dan panaskan air sehingga air menggelegak. Apabila menggelegak, masukkan doh yang telah diletakkan inti ke dalam periuk. Biarkan doh tadi terapung (ini menunjukkan doh telah masak) dan letakkan di dalam air paip sebentar. Gaul dengan kelapa parut. Siap dihidangkan. 😁




Nota

1) Adik kukus sekejap kelapa tu dengan garam. Sebab nak bagi tahan lama sikit.

2) Cara cara membuat kuih buah melaka / onde - onde



2

Tuesday, 30 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. Harini adik nak kongsikan resepi karipap lada hitam. Kulit karipap ni sedap tauu sebab rangup dan rapuh.. hehe.. Inti ni sesuai juga untuk buat samosa. Nyummy. Jadi kalau sesiapa nak mencuba bolehlah mencuba sebagai juadah buka puasa nanti. 😁. Taaa


Resepi Karipap Lada Hitam


Kulit Karipap ( buat dahulu )


500 gram tepung gandum

3/4 cawan minyak

3 sudu besar marjerin

3/4 cawan air sejuk ( letak kiub ais)

Sedikit garam


Cara cara


Campurkan sedikit garam dalam air sejuk.Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan ramas sehingga menjadi serbuk roti. Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tuSetelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam.


Inti Lada Hitam


Bahan bahan


1 labu - bawang besar (potong dadu)

300 g - daging ( adik campur ayam sekali)

4 biji - kentang (kupas,basuh dan potong dadu)

2 s/b - sos tiram

1/2 - kiub ayam

1 s/t - lada hitam

Garam gula secukup rasa

Daun kari 

Daun bawang (jika suka)


Cara cara


Tumis bawang hingga layu, masukkan daging atau ayam dan masak sehingga empuk. Masukkan kentang dan biarkan beberapa minit. Masukkan sos tiram, kiub ayam , lada hitam dan garam gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan daun kari. Kacau rata. Tutup api dan sejukkan sebentar sebelum digunakan


Cara Penyediaan


Ambil sedikit doh. Canai dan letakkan inti. Kelim dan ulang sehingga selesai.Bila dah habis buat karipap tadi.Goreng hingga keemasan dengan api sederhana panas. Siap dan boleh dihidangkan
.


                Cara cara membuat karipap         







0

Sunday, 28 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. ok harini dah hari kedua kita menjalani ibadah puasa. Hehe... Jadi adik ingin berkongsi resepi kuih yang adik telah buat semalam iaitu apam pandan. Sebenarnya apam ni apam kastard atau apam puri. Tapi disebabkan adik telah olah sikit inti kastard kepada inti pandan sebab tepung kastard kat rumah dah habis. Inti apam ni bagi adik sangat sedap tau. Sebab rasanya licin ja maksudnya memang lembut ja bila makan. Abah adik pun suka sebab abah kata manis2 gitu. Manis2 buah. Sampaikan kakak adik dia ratah ja inti tu sebab sedap. Hehe. Ok . Yang tu sajalah nohh..



Resepi Apam Puri Pandan

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 biji telur
sedikit pewarna kuning

Cara-cara penyediaan kulit :

1. Campur kesemua bahan tapis(adunan akan kelihatan cair)
2. Kemudian masak seperti masak kuih dadar or pancake. masak sebelah jetak perlu terbalikkan. Guna non stick pan lagi mudah sebab tak lekat bila nak angkat.
3.Setelah masak angkat dan letak di dalam pinggan.Isikan dengan inti yang telah dibuat tadi.
4. Kemudian lipat dan tekan hujung kuih tersebut untuk elakkan inti terkeluar. Boleh juga guna acuan karipap.


Inti Pandan (adik buat 1/2 saja. Resepi dibawah ni 1 adunan)

1 cawan tepung gandum
2 sb tepung kastard atau tepung jagung(kalau nak rasa kastard letak tepung kastard)
1 cawan gula
2 cawan susu segar atau santan(adik letak sedikit saja santan dalam 2 s/b yang lain susu)
2 cawan air pandan (jika nak rasa pandan . Tapi kalau nak rasa kastard boleh guna air masak biasa, susu atau santan)
Sedikit garam

Penyediaan inti kastard

1. Satukan semua bahan di dalam kuali/periuk. Kacau sebati.
2. Nyalakan api dan masak hingga likat dan nampak berkilat.  Sentiasa kacau adunan ketika memasak. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.







Cara cara membuat apam pandan



0

Friday, 26 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, nak masuk Bulan Ramadan dah ni. Yang pasti, bulan penuh Barakah ni dapat la kita penuhi tanggungjawab kita noh. Bulan macam ni juga time paling ideal adik rasa kita nak kuruskan badan, dan amalkan diet..hehe

Adik tak nak cerita Kelebihan Chia Seed ni, tapi kalau nak tau uolls, Chia Seed ni selain kurangkan selera makan boleh juga turunkan kolestrol dan sebagainya.

Baca la kat sini - Kelebihan Chia Seed

Ok, adik nak tanya. Anda nak macam ni tak?

1) Nak rasa kenyang berpanjangan?
2) Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji
betik?
3) Nak kulit glowing mowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari?
4) Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5
series tanpa botox?
5) Nak gigi cantik dan tulang kuat macam
kanak - kanak ribena?
6) Nak miliki rambut beralun bersinar boleh
libas - libas macam model?
7) Nak kurus baju saiz S?

Huuhh nak semua ni, senang sangat nak amalkan Chia Seed ni taw. Rendam je dah boleh minum.

Ok adik kongsikan resepi di dari sini. Boleh la kalau nak try kalau nak tengok hasil.

Murah je kosnya. Jadikan menu bekfes pun hokkay ;-)

Amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy, kolestrol tinggi dan lain lain.




RESEPI CHIA SEED(superfood) + KURMA



1. Chia Seed ni boleh BELI KAT SINI. Murah je sepeket tu.. Kurma boleh guna yang Yusof Taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan letak banyak. Sikit je dalam 3 biji pun dah mengenyangkan. Yummy!



2. Guna air suam/ air kosong 250 ml. (Adik letak 500 ml)


3. Siat siat Kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air taw, rendam sekali dengan biji kurma.


4. Masukkan Chia Seed ni dalam anggaran 10 - 15 gram. Guna sudu tea kecik tu pun ok dah.

5. Kacau bagi rata Chia Seed tu supaya tak bergentel. Nak senang tutup bekas minuman kita tu, shake je dengan kurma tu.

Ok dah siap. Simpan dalam fridge ye!

6. Sedia untuk breakfast dan muda jelita..hehe, Sedap taw.. yummy. Biji kurma sila buang ye, Jangan telan pulak.

Jadi senang kan nak sedia kan Resepi Chia Seed campur Kurma ni. Resepi ni buat malam taw. Sebelum tido. Lepas tu letak dalam fridge. Ala - ala detox jugakla. Esok pagi nak sahur boleh minum...


Taaaa.. Selamat menjalani ibadah Puasa







0

Thursday, 25 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sampai 2 hari lagi ja nak puasa. Jadi berkesempatan ini, saya nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.... 😁 harini saya nak kongsi resepi kuih cara manis. Saya rasa mesti ramai yang sudah tahu cara nak buat kuih ni. Tapi apa salahnya kan saya kongsi lagi. Kuih cara ni saya suka buat garing sebab keluarga saya suka yang garing hehe. 😁😁. Sedap .. rasa lemak2 santan dan manis2 gulaa.. ermmm... yummyyyy..




Resepi Kuih Cara Manis

Bahan bahan

8-10 helai - daun pandan + 1 cwn air (kisar n tapis)
1 cwn - santan
1/2 cwn - air
2 cwn - tepung gandum
1/4 s/t - garam
1 biji - telur
Sedikit pewarna kuning dan hijau

Cara cara

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati dan tiada ketulan. Panaskan acuan dengan api sederhana panas. Oleskan dengan minyak, apabila minyak sudah panas, tuangkan adunan 3/4 daripada acuan diikuti dengan gula mengikut tahap kemanisan yang disukai. Tutup dan biarkan selama beberapa minit dengan api sederhana kecil. Api jangan kecil dan jangan besar sangat tau. Apabila permukaan adunan dah kering. Boleh diangkat jika tak mau garing. Kalau nak garing biarkan lagi dalam 2-3 minit. Angkat dan ulang sehingga habis. Siap dan boleh dimakan panas -panas.







Nota: jika adunan nampak cair sangat. Boleh tambah sedikit lagi tepung gandum.

Cara cara membuat kuih cara :




0

Wednesday, 24 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. Harini adik nak kongsikan resepi kek coklat. 😁. Adik buat kek coklat ni untuk sambut birthday adik dan kawan2 adik yang dah berlaku dan akan berlaku happy birthday!!! Kepada zatul (14/1/01) , aina (20/1/01), adik (21/1/01) , hanani (8/4/01) , yana (21/5/01) , bedah (27/10/01) dan nurin (7/11/01). Resepi ni mudah tau sebab tak perlu buat double boiler. Cepat . Tak sampai 20 minit nak membuatnya. Ok. Taa..


Resepi Kek Coklat

- 1 cwn tepung gandum*
- 1 cwn serbuk koko*
- 1 s/t baking powder*
- 1 s/t soda bikarbonat*
(Ayak bahan bertanda*)
- 4 biji telur
- 1 s/t esen vanila
- 1 cwn gula
- 1 cwn susu cair
- 1 cwn susu pekat
- 1 cwn minyak jagung / minyak masak (adik guna marjerin yang dicairkan. Sedap!)

Cara cara

1) Panaskan kukusan.
2)Putar telur,gula dan esen sehingga kembang dan bertukar warna kuning pucat.
3) Masukkan susu pekat dan susu cair. Putar lagi sehingga sebati.
4) Masukkan bahan yang diayak dan kacau menggunakan sudip kayu atau whisk sehingga sekata dan tidak berketul2.
5) Masukkan minyak dan terus kacau sehingga adunan sebati dan berkilat.
6) Tuang dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Nota :
1) untuk pastikan kek dah masak, cucuk menggunakan lidi dan jika tidak ada kek yang lekat dekat lidi maknanya kek dah masak.
2) Kukus dengan api yang sederhana besar. Jangan besar sangat nanti kek merekah dan dalam tak masak dan jangan terlalu perlahan nanti kek tak masak.
3) Boleh juga dibakar. Suhu ikut oven masing tau. Dan masa bergantung pada saiz loyang.






Cara cara untuk membuat kek coklat :


0

Friday, 19 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai.. Harini adik nak kongsikan resepi Ayam Masak Kicap Berempah. Actually adik nak buat yang biasa ja. Tapi mak adik suruh adik buat ayam ni sebab mak adik ada pi belajar haritu. Jadi adik cuba. Sedapp!! CUMA sapa yang tengah diet tu tak digalakkan sebabbbbb.. dia berminyak hehhe.. oklah noh.. taaa




Resepi Ayam Masak Kicap Berempah

Bahan bahan

- Rempah 4 sekawan (bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga)
- 1 inci halia
- Selabu bawang besar
-sedikit air asam jawa / pes asam jawa
- 3 s/b rempah kari daging / ayam
- Daun kari
- Cili (jika suka)
- 2 s/b kicap pekat
- Garam Gula secukup rasa
- Ayam (letak kunyit dan sedikit garam dan goreng. Ketepikan)

Cara cara

1) Tumis bawang,halia,rempah 4 sekawan hingga naik bau.
2) Masukkan rempah dan air asam jawa. Biarkan sehingga pecah minyak.
3) Masukkan sedikit air ikut kepekatan yang disukai.
4) Masukkan daun kari, garam dan gula. Kacau rata. Perasakan dengan garam, gula dan cili. Masukkan kicap pekat.
5) Biarkan sebentar dan masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau selama beberapa minit. Tutup api dan siap dihidangkan panas2. Perghh. Terangkatt.. hehehe.




Cara - cara membuat Ayam Masak Kicap Berempah : 






0

Wednesday, 17 May 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haii.. Adik nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru atau bakal guru yang berada di negara ni tak terlambat gi kod noh nak ucap. Hehe.. ok berkenaan dengan nona manis ni. Adik buat dah lama. Cuma harini baru berkesempatan nak update. Ok berkenaan nona manis ni. Resepi adik ambil dari Azlita Masam Manis .Rasa sedap lemak2 manis cuma adik buat macam padat sikit sebab adik terlebih letak tepung jagung. Hee.. jadi akak2 adik2 makcik2 jangan letak terlebih tepung tau nanti jadi macam adik. Hee oklah noh. Taaa..






NONA MANIS

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang.
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ( ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)

Dalam bekas lain.
Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudian campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional) dan sedikit pewarna hijau apple dan kuning jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.







Video Resepi Nona Manis


0

Friday, 12 May 2017

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Maaflah adik jarang update resepi sebab ada periksa pertengahan tahun. 1 bulan ceq peksa. Minggu depan masuk minggu ke 3 lepas tu horra horrey (Didi and Friends . Sapa layan. Angkat tangannnn.. heee). Harini adik nak kongsikan resepi puding karamel Sedapppp sebab rasa lemak2 dari susu .. tambah2 cuaca yang panas ni. Memang jalan...resepi ni mudah sesangat. Semua orang boleh buat tapi rajin dan tak rajin ja. Hakhak. Cuma yang leceh tu cara nak buat gula hangus la.. Ahli keluarga adik suka sangat dengan puding ni. Tambah2 adik ngan mak adik. Memang tak cukup. Lekat celah gigi ja. Sebab sikit. Nanti kalau ada masa adik nak buat lagi. In sha Allah.. oklah. Selamat malam...




Resepi Puding Karamel

Bahan bahan (Gula Hangus)

8-10 sudu besar gula pasir -
5 s/b air panas / biasa

Masukkan gula dalam periuk. Panaskan gula sehingga menjadi cair dan bertukar kepada keperang perangan (tapi jangan hitam tau. Nanti tak sedap rasa pahit) dengan api perlahan. Tutup api. Cepat2 masukkan air dan larikkkk.. haha. Ya la. Hati2 noo. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk atau bekas yang disukai. Ketepikan

Bahan bahan (Puding)

8 biji telur - Adik guna 5 biji
3/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract

Cara cara:

Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Kacau dengan perlahan untuk mengelakkan gelembung. Nanti permukaan tak cantik sebab ada bintik2. Kemudian tapis.
Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang mempunyai gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Yummy. 









Video Resepi Puding Karamel

0

Thursday, 4 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Harini adik nak kongsikan cara nak buat burger malaysia /pau sambal. Kakak-kakak adik suka dengan burger ni. Tambah-tambah ikan bilis yang rangup. Memang tak sedar satu satu masuk mulut. Nama burger malaysia tak tau macam mana boleh wujud tapi macam mana pun makanan ni sedap. Hehe.. untuk doh adik guna doh donut tau. Adik buat 1/2 adunan dari resepi asal. Dapat dalam 12 biji saiz sederhana comel. Ok. Yang tu ja noh.. Taaaa. 



Resepi Burger Malaysia / Pau Sambal


Bahan - bahan (untuk pau)

- 500 g -tepung naik sendiri / tepung gandum *

- 1 s/t - bread softener * (optional)

- 1 paket - yis segera

- 50 g - mentega / marjerin

- 1 s/b - shortening

- 2 s/b - gula halus

- 2 s/b - susu pekat manis

- 2 s/b - susu tepung

- 1 biji telur + 1/2 s/t garam = dipukul sedikit

- 200 ml - air suam


Cara - cara


1) Masukkan air suam ke dalam bekas besar. Kemudian, masukkan  yis, mentega / marjerin, shortening,  gula halus, susu pekat manis dan  susu tepung. Kacau sebati. Ketepikan  dan biarkan sekejap selama 3-5 minit atau sehingga berbuih. 
2) Sementara menunggu yis  mengembang, ayakkan bahan-bahan  bertanda *
3) Masukkan 1/2 bahan yang telah diayak ke dalam bekas berisi yis.  Kacau menggunakan sudu satu arah  sahaja sehingga sebati. Masukkan  pula adunan telur dan kacau  sebati. 

4) Selepas itu, masukkan bahan bertanda * selebihnya dan kacau sebentar dan terus uli hingga  menjadi doh.
5) Adunan ini tidak perlu  direhatkan dan boleh terus tekap  doh sehingga selesai.
6) Rehatkan doh selama 20 minit  atau mengembang 2 kali ganda.
7) Panaskan minyak dengan api  sederhana besar. Apabila minyak  betul betul panas. Kecilkan sedikit  api dan boleh masukkan donut ke  dalam minyak dan goreng sehingga  bertukar warna kuning keemasan.


Sambal Bilis


Bahan bahan


Segenggam ikan bilis (rendam,basuh,toskan dan goreng hingga garing)
3 ulas - bawang merah (dihiris)
6 s/b - cili kisar
Sedikit air asam jawa / 2 keping asam gelugor
Sedikit air
1 s/b - sos tiram
1 s/b - sos cili
1 s/b - gula pasir
1 s/t - garam
Minyak untuk menumis


Cara cara


Tumis bawang merah hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Tuang sedikit air dan masukkan sos tiram,sos cili, gula dan garam. Kacau dan biarkan sambal sedikit pekat. Tutup api. Ketepikan.


Cara penyediaan burger malaysia / pau sambal.


Hiris bahagian tengah doh. Letakkan hirisan timun , ikan bilis dan sambal. Siap dan boleh dimakan
. 😊😊












Video Resepi Burger Malaysia / Pau Sambal


0

Rakan Di Facebook