Langgan Percuma

Thursday, 25 May 2017

Resepi Kuih Cara Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sampai 2 hari lagi ja nak puasa. Jadi berkesempatan ini, adik nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.... 😁 harini adik nak kongsi resepi kuih cara manis. Adik rasa mesti ramai yang sudah tahu cara nak buat kuih ni. Tapi apa salahnya kan adik kongsi lagi. Kuih cara ni adik suka buat garing sebab keluarga adik suka yang garing hehe. 😁😁. Sedap .. rasa lemak2 santan dan manis2 gulaa.. ermmm... yummyyyy.. dan kucing adik pun terliur. Hehe




Resepi Kuih Cara Manis

Bahan bahan

8-10 helai - daun pandan + 1 cwn air (kisar n tapis)
1 cwn - santan
1/2 cwn - air
2 cwn - tepung gandum
1/4 s/t - garam
1 biji - telur
Sedikit pewarna kuning dan hijau

Cara cara

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati dan tiada ketulan. Panaskan acuan dengan api sederhana panas. Oleskan dengan minyak, apabila minyak sudah panas, tuangkan adunan 3/4 daripada acuan diikuti dengan gula mengikut tahap kemanisan yang disukai. Tutup dan biarkan selama beberapa minit dengan api sederhana kecil. Api jangan kecil dan jangan besar sangat tau. Apabila permukaan adunan dah kering. Boleh diangkat jika tak mau garing. Kalau nak garing biarkan lagi dalam 2-3 minit. Angkat dan ulang sehingga habis. Siap dan boleh dimakan panas -panas.








Cara cara membuat kuih cara :



No comments:

Post a Comment

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+