Langgan Percuma

Ads Code

Friday, 23 June 2017

Resepi Biskut Lidah Kucing / Pelangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Adik nak kongsikan resepi biskit lidah kucing. Biskut ni sedap dan rapuh. Lepas tu , dah dekat 3 atau 4 tahun berturut2 adik buat biskut ni. Tak pernah tinggal untuk buat biskut ni waktu hari raya. Lagipun ramai yang suka dengan biskut ni dan kata sedapp.. hee. Cubalah.. Ok lah. Taaa




Resepi Biskut Lidah Kucing

Bahan bahan

250 g - mentega
175 g - gula kastor
100 ml - putih telur(lebih kurang 3 biji telur gred A)
200 g - tepung gandum*
50 g - tepung jagung*
1 s/t - emplex*
Pewarna yang disukai
Loyang lidah kucing
(*ayak)

Cara cara

Putar mentega dan gula hingga kembang dan pucat. Masukkan putih telur sedikit2 dan putar segingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balikkan menggunakan spatula hingga rata. Bahagikan beberapa adunan. Letakkan pewarna dan masukkan ke dalam piping bag. Pipekan di atas loyang. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160'c selama 10 minit. Bakar selama 15 - 20 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



No comments:

Post a Comment

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+