Langgan Percuma

Wednesday, 21 June 2017

Resepi Biskut Makmur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Harini adik nak kongsikan resepi biskut makmur. Maklumlah. Tak lama lagi dah nak raya. Ramadhan pun dah nak pi. 😟. In sha Allah. Harap2 kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun hadapan . Ok. Berbalik kepada biskut ni. Biskut ni senanggg.. masukkan ja semua bahan. Uli dan boleh bentuk. Cuma yang sedikit payahnya untuk kita gentel2 la. Heee.. yang gentel2 ni mak adik buat. Adik hanya bancuh adunan ja. Hehe. Mesti ramai yang suka kan biskut makmur ni? Jadi kalau nak. Bolehlah cuba. 😊😊



Biskut Makmur

Bahan Doh

500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
300 - 350 g minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti

300 gm kacang tanah kisar kasar
susu pekat secukupnya
#gaulkan sehingga melekat

Gula icing [untuk salut kuih]

Cara

1. Gaulkan semua bahan doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Ambil doh dan leperkan.
3. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

# untuk inti. Biarkan sekejap dalam 5 - 10 minit sebelum dikepal. Kalau tak biar dia akan melekit dan hancur.
# kalau terlembik. Tambah tepung gandum sikit2.






Cara cara membuat 



No comments:

Post a Comment

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+