Langgan Percuma

Ads Code

Friday, 23 June 2017

Resepi Biskut Mazola Peanut Butter

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. Harini adik nak kongsikan resepi biskut mazola peanut butter, biskut lidah kucing dan cornflakes madu. Tapi untuk di page ni adik hanya akan kongsikan biskut mazola terlebih dahulu dan 2 lagi resepi akan menyusul kemudian. Hee.. ok. Berkenaan biskut mazola ni. Biskut ni sedapp sebab ada peanut butter dalam tu. Hee.. emak adik dan kakak adik suka biskut ni. Kadang2 kalau bukan hari raya pun mak adik suruh buat. Hee.. jadi bolehlah sapa2 yang nak cuba. Adunan untuk biskut ni agak banyak dalam 150 - 200 biji . Jadi kalau sapa yang nak cuba dahulu bolehlah bahagi dua. Dan adik guna sukatan mangkuk sebab senang nak sukat. Mangkuk tu lebih kurang besar mangkuk yang kita suka makan sup. Tapi kalau nak guna mangkuk mana2 pun boleh asalkan semua sukatan ikut mangkuk yang sama. Ok  taaaa



Resepi Biskut Mazola Peanut Buttet

Bahan bahan

2 mangkuk - tepung gandum
3/4 mangkuk - gula perang
1 mangkuk - kacang tanah kisar kasar
1 s/t - garam
3 s/b penuh - peanut butter
1 s/t - emplex
1s/t - soda bikarbonat
3/4 - 1 mangkuk - minyak jagung /masak

Cara cara

Masukkan semua bahan kecuali minyak. Gaul sebati. Masukkan minyak dan uli sehingga tidak melekat pada tangan. Bentukkan doh. Susun atas loyang yang di gris marjerin. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit. Bakar selama 25 - 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap usara. Siap.. 😊😊






No comments:

Post a Comment

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+