Resepi Semperit Susu / Dahlia
Bahan bahan
250 g - butter / marjerin
1/2 tin / 1 cwn - susu pekat (250 g)
450 g - tepung jagung*
100 g - tepung ubi*
*ayak
1 s/t - esen vanila
Hiasan ceri / coklat chips
Cara cara
Kacau butter dan susu guna sudip kayu / whisk hingga sebati. (Sekadar sebati sahaja. Jangan lama. Nanti adunan kembang) Masukkan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan.(jangan letak tepung semua. Letak sikit2 sampai doh boleh tekan ja.) Tekan atas dulang pembakar yang dilengser marjerin. Letakkan ceri / coklat chips. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit (ikut suhu masing2). Bakar selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Siapp...
Cara cara membuat
No comments:
Post a Comment