Langgan Percuma

Ads Code

Friday, 23 June 2017

Resepi Cornflakes Madu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Ok adik nak kongsikan cornflakes madu. Cornflakes ni senang nak buat sikit ja bahan . Cornflakes ni adik buat 2 adunan sebab adik ngan kakak2 adik suka. Hehe. Kami boleh makan banyak tau. Tahun lepas adik buat 1 adunan ja. Dalam masa seminggu kami 3 orang boleh habiskan sebab sedapp. Hehe. Jadi cubalah. Taaa



CORNFLAKES MADU

Bahan A

125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu

Bahan B

1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis (optional)
1 cwn badam cincang panggang/gajus (optional)
Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil / chocolate rice.

Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 160'C selama 8-10 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



No comments:

Post a Comment

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+