Langgan Percuma

Monday, 5 June 2017

Resepi Cucur Udang Daun Kaduk Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. harini adik nak kongsikan resepi cucur udang. Cucur ni sedappp tau. Sebab adik letak daun bawang ngan daun kaduk. Adik letak pon sebab kucai ngan tauge dah habis. Hee.. daun kaduk ni selain dari buat cucur boleh buat celup tepung tau. Sedap. Nanti in sha Allah jika berkesempatan nanti adik kongsikan resepi daun kaduk celup tepung. Cucur ni sekejap ja. Tapi kalau nak lagi sedap boleh biarkan dalam 30 minit sebelum digoreng. Ok. Sampai sini saja noh. Taa




Resepi Cucur Udang Daun Kaduk

Bahan bahan

3 cwn - tepung gandum*
1 s/t - gula *
1 1/4 s/t - garam*
1/2 s/t - serbuk kunyit*
1/4 s/t - soda bikarbonat *
2 cwn - air
1/2 cwn - udang (adik guna udang besar dan adik kupas kulit dan hiris kecil)(boleh letak lebih)
1 labu - bawang holland / bawang besar (adik guna bawang holland sebab lagi sedap dan manis)
3 tangkai - cili hijau (boleh letak kalau suka pedas. Adik letak)
Sengenggam daun kaduk (hiris kasar)
Daun bawang (hiris kasar)
Minyak untuk menggoreng

Cara cara

Campurkan bahan bahan * dan gaul sebati. Masukkan udang, bawang, cili , daun kaduk dan daun bawang. Kacau sambil tuangkan air sehingga rata. Biarkan dalam 30 minit (terpulang) sebelum digoreng. Ambil sedikit adunan dan tuangkan ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga garing. Siap!!







Cara cara membuat cucur udang




No comments:

Post a Comment

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+