Saturday, 29 July 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi kuih siput. Kuih siput ni resepi adik belajar daripada tam(mak saudara). Sedapp.. gebuu. Tak da langsung yang keras. Jadi jangan risau kalau takut gigi tertanggal. Hee.. sesiapa nak buat ni memerlukan R tau. Kalau tak da memang tak jalan. Adik buat ni dalam 1 1/2 jam. Cepat la jugak kan? Sebab adik buat ngan tam. Hehe. Ok taaa..



Kuih siput

Bahan bahan

I genggam udang kering (rendam,basuh dan toskan) *
5 ulas bawang merah*
2 s/b - cili kisar*
5 tangkai daun kari
3/4 s/b - garam halus*
3 s/b - gula pasir*
1 kg - tepung gandum
8 s/b - marjerin (boleh lebihkan kalau nak gebu)
3 biji telur

Cara cara

Kisar bahan bertanda * dan sedikit air hingga hancur . Kemudian masukkan daun kari dan kisar lagi. (Adik tak masukkan daun kari sekali sebab tak mau bagi hancur sangat). Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum dan marjerin. Gaul sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan telur. Gaul sebati. Seterusnya, masukkan bahan *  yang telah dikisar. Gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Ambil acuan kuih siput , tekan dan gulung. Buat hingga habis. Panaskan minyak, goreng kuih siput sehingga kuning keemasan. Toskan. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Siap!!.

Nota : jika terlembik, tambahkan sedikit tepung dan uli hingga tak melekat di tangan.







Cara cara membuat kuih siput


0

Thursday, 20 July 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Harini adik nak kongsikan resepi karipap ayam. Inti ayam ni sedappppp... tak guna rempah pun. Resepi ni adik belajar dari mak menakan adik. Tam kata resepi ni dari tok adik. Sedapp bila sangat inti dia. Senang nak buat. Pastry dia pun senang, sedap dan rapuh. Heee. Ok. Taaa



Doh Karipap

Bahan bahan

4  cwn Tepung Gandum
4 sb Marjerin
1 cwn Air + 1 s/t garam (kacau rata)

Cara cara

Masukkan tepung gandum dan marjerin. Gaul adunan sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air garam sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

Resepi Inti Ayam

Bahan bahan

2 s/b - Jintan Manis (basuh dan toskan) *
5 ulas - Bawang Putih dan Bawang Merah*
4 keping - Dada Ayam ( potong dadu)
4-6 biji - Kentang (Kupas kulit,basuh dan potong dadu)
2-3 s/b - cili kisar
Garam gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup
Air secukupnya

*tumbuk lumat

Cara cara

Panaskan minyak. Tumis cili kisar dan biarkan sebentar. Masukkan bahan *. Kacau hingga cili masak dan pecah minyak. Masukkan sedikit air serta ayam. Kacau rata. Biarkan ayam masak. Masukkan garam dan gula. Masukkan kentang (boleh juga masukkan sedikit air lagi untuk empukkan kentang). Biarkan air kering dan tutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup. Ketepikan.

Cara Penyediaan

1) Ambil sedikit adunan dan canai ikut ketebalan masing2.
2) Letakkan dalam acuan, inti dan tekan. Kemudian kelim doh karipap. Buat hingga selesai
3) Panaskan minyak. Goreng karipap sehingga kekuningan dalam api sederhana panas. Siap dihidangkan. 😁





Cara cara membuat karipap ayam


0

Wednesday, 19 July 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi murtabak maggi keju. Sedappp. Rangup di luar. Lembut di dalam. Rasa lemak2 dari keju tu. Kalau nak lagi sedap keju tu boleh letak lagi banyak tapi adik tak suka sangat kalau keju banyak. Muak. Telur adik letak sikit ja. Kalau sapa2 nak lebihkan telur boleh bagi siapa yang suka lembut. Tapi adik suka lagi telur yang letak sikit sebab dia lagi rapuh. Yummy.Hehe. Resepi ni senang saja. Kawan2 adik semua suka. Siap request nak lagi. Hehe. Ha. Lagi satu. Dalam murtabak ni boleh letak bawang besar atau isi ayam ataupun terpulanglah. Boleh letak macam2. Heee. Sedap2. Hee. Ok la. Taaa.




Murtabak Maggi Berkeju

Bahan bahan

3 bungkus mi segera kari (adik guna maggi)
2 bungkus perencah + sedikit air
4 biji telur gred A
Keju mozarella secukupnya

Cara cara

Celur mi segera hingga kembang. Toskan dan alirkan air untuk basuh mi segera. Dalam bekas lain bancuh perencah dengan sedikit air. Masukkan telur dan kacau rata. Masukkan mi segera dan keju. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Apabila minyak panas. Tuangkan adunan mi segera. Goreng sebelah bagi garing dahulu baru terbalikkan lagi sebelah kalau tidak dia tak jadi. Hee. Siapp.. nyummy



Cara membuat murtabak maggi



0

Wednesday, 5 July 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Harini adik nak kongsikan resepi brownies kedut. Brownies ni cepat sangat nak buat. Adik buat ni waktu pagi untuk hidangkan dekat tetamu yang mai rumah waktu rumah terbuka kat rumah adik. Kalau tidak adik nak buat kek tapi masa tu juga la mixer rosak. Jadi adik buat brownies sebab tak perlu putar. Hanya bagi sebati sahaja. Adik buat 2 jenis brownies yang berbeza. Brownies ni rasa dia macam kek2 sikit padat dan lembap. Bagi sesiapa yang minat coklat bolehla cuba sebab rasa pekat dari coklat tu. Sedap. Tapi adik kurang gemar makan coklat ni hehe. Kalau sepotong dua bolehla. Untuk coklat masakan boleh guna yang berkualiti baru hasil kejadiannya cantik. Adik guna Beryl's ja. Tapi tu pun dah sedap dah. Resepi ni adik ambil dari Azlita Masam Manis . Hee oklah taaa..



CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Cara cara

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.
Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 10 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.
Siaapp





Cara cara membuat Brownies Kedut



0

Rakan Di Facebook