Saturday, 12 August 2017

Resepi Ayam Panggang Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haiii.. harini adik nak kongsikan ayam panggang. Ayam ni sedap dan mudah nak buat. Untuk sapa2 yang ingin diet bolehla buat sebab kita tak gunakan minyak. Tambah2 kat kawan kelas adik ramai yang diet. Hee. Dan bila kita guna pemanggang ajaib ni senang. Tak payah susah2 nak guna bekas lain. Hanya pemanggang ajaib sahaja. Guna api perlahan tau. Kalau kuat nanti hangit haa.. kan tak boleh makan pulak. Heee. Oklah. Taaa.



Resepi Ayam Panggang Pemanggang Ajaib

Bahan bahan

1 inc halia
1 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 s/b sos lada hitam*
1 s/b gula*
1/2 s/t garam*
1/2 s/t lada hitam*
2 s/b sos tiram*
2 biji limau kasturi*
12 ketul ayam (terpulang nak letak banyak mana)

Cara cara

Tumbuk halia, bawang merah dan bawang besar hingga lumat. Ketepikan. Dalam bekas besar, masukkan bawang yang ditumbuk dan semua bahan bertanda. Kacau sebati. Masukkan ayam, gaul rata. Perap pada suhu bilik selama 30 minit - 1 jam. Masukkan ayam dalam pemanggang ajaib dan panggang sehingga ayam masak dengan api perlahan. Siapp. Selamat mencuba

Nota
- boleh juga letak brown sauce (knorr) dalam 1 s/b. Jangan letak banyak nanti masin. Sebelum2 ni adik pernah buat letak brown sauce ni. Sedap sangat. Tapi kalini tak letak sebab dah habis. 😀





Cara cara membuat ayam panggang


No comments:

Post a Comment

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira. Jom cuba resepi paling sedap dan mudah di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook