Langgan Percuma

Wednesday, 29 November 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi kek coklat indulgence. Sebenarnya adik buat kek ni waktu raya korban haritu. Tapi disebabkan malas. Jadi adik tak post la. Heheh. Maaf. Btw. Kek ni ramai suka tauu.. kawan2 adik semua suka. Siap ada yang bawak balik gi. Dan lagi satu ada yang nak tempah nak jadikan kek tunang. Haha. Tapi adik ni bukannya pandai sangat nak hias2 ni. Dah tu comot pulak tu. So adik tolak. Tapi kalau tengok resepi ni. Mesti leceh kan. Memang leceh. Tapi kalau selalu buat. Ok lah. Dan adik nak buat kek ni pun sebab kak adik dia teringin. Nak kek indulgence macam secret recipe. Even tak 100 % sama. Janji sedap. Dan untuk kek ni adik tak letak gelatin sebab tak dan nak beli. Kalut dengan nak buat kuih raya. Ha.. jangan pelik noh. Walaupun raya haji. Adik still buat kuih. Dan untuk kek ni jugak walaupun tak letak gelatin . Rasa dia still sedap cuma tak boleh letak kat luar lama2 la. 30 minit pun dah kira maksimum. Dan kalau nak lepa pun jangan biar kat luar lama2.  Sebab bila dah lembik tu nak lepa jadi tak elok. Ok. Yang tu sajaa. Taaaa..



Bahan-bahan kek coklat

4 biji telur
180 gram gula kastor
150 gram tepung kek
20 gram serbuk koko
70 gram air
15 gram ovellet
50 gram minyak jagung
1 tspn baking powder

Bahan-bahan krim putih

50 gram gula kastor / gula aising
120 gram unsalted butter
4 gram gelatin (optional)
50 gram air
100 gram coklat putih
260 gram whipped cream
2 biji kuning telur

Bahan-bahan krim coklat

50 gram gula kastor / gula aising
120 gram unsalted butter
4 gram gelatin (optional)
50 gram air
100 gram coklat
260 gram whipped cream
2 biji kuning telur

Bahan-bahan Coklat ganache

100 gram whipped cream
100 gram coklat masakan

Cara Membuat Kek Span Coklat

Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung.
Pukul adunan sehingga gebu, kental dan bertukar menjadi pucat. Elakkan pukul terlebih lama kerana ia akan menyebabkan kek jatuh apabila dibakar.
Masukkan minyak jagung dan kacau menggunakan spatula.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar suhu 160 selama 30-40 minit mengikut oven masing-masing. Biarkan sejuk sebelum dipotong 2 atau 3 bahagian.

 Cara Membuat Krim Coklat

Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.

Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler sehingga telur bertukar warna kepada pucat.

 Ketepikan. Satukan adunan telur dengan coklat yg telah dicairkan.

Didalam bekas yg lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satu kan dengan adunan telur.

Dalam bekas yg bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.

Simpan didalam peti sekurang kurangnya 1 jam sebelum digunakan⁠⁠⁠⁠

 Cara Membuat Krim Putih

Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.

Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler sehingga telur bertukar warna kepada pucat.

 Ketepikan. Satukan adunan telur dengan coklat putih yg telah dicairkan.

Didalam bekas yg lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satu kan dengan adunan telur.

Dalam bekas yg bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.

Simpan didalam peti sekurang kurangnya 1 jam sebelum digunakan⁠⁠⁠⁠

Cara Membuat Coklat Ganache

Panaskan whipping cream sebentar. Jangan sampai mendidih. Bagi suam2  ja. Kemudian, tuang whiping cream ke dalam coklat masakan dan kacau hingga sebati.

Cara untuk menyusun

Ambil lapisan kek yg pertama. Kemudian paipkan krim putih diatas kek.

Untuk lapisan kedua kek, paipkan dengan krim coklat dan ulang sehingga habis.

Salut kek dengan lebihan krim coklat dan simpan didalam peti sekurang2nya 8 jam

Selepas kek betul2 sejuk, siramkan dengan chocolate ganache. Biarkan kek sejuk dan sedia dihidang.

Tips :

Untuk dapatkan potongan yg cantik, panaskan pisau terlebih dahulu. Selamat mencuba




0

Friday, 10 November 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. haii.. harini adik nak kongsikan resepi sambal daging. Dah lewat tapi adik nak jugak update sebab banyak lagi resepi yang adik tak sempat dan malas nk update. Adik rajin upload kt youtube. Hehehe. Ok. Tak mau taip panjang2. Adik pun dah ngantuk. Nak tidoqq.. besok tuisyen. Btw. Resepi sambal daging ni sangatlah simple dan memang sedappp.. adik memang suka kalau makanan berdaging. Hehe. Jangan lupa cuba naihh. Dan sebelum tu. Nak habaq. Hiris daging tu nipis2 tau. Sebab nak bagi cepat empuk. Tapi janganlah nipis melayang . Satgi qhelai(hancur) semua. Hehe. Ok... taaa.. 



Resepi Sambal Daging

Bahan bahan

1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 btg serai (diketuk)
5 - 7 s/b cili kisar
Isi daging secukupnya
Air secukupnya
2 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
Garam gula secukup rasa

Cara cara

Tumis bwg putih dan bwg besar hingga layu. Masukkan serai dan cili kisar. Biarkan cili masak dan masukkan daging dan air. Masak daging hingga empuk. Masukkan sos cili dan sos tiram. Perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. Tutup api. Siappp

Cara cara nak buat sambal daging


0

Thursday, 2 November 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. haiii. Harini adik nak kongsikan resepi kek pandan gula melaka. Maaflah adik jarang update blog sekarang ni sebab sibuk dengan final exam dengan malas. Hehe. Ok. Berkenaan dengan kek ni. Kek ni sedappp tau kalau sapa yang suka pandan dan memang kena dengan gabungan pandan dan gula melaka. Tapi rasa manis sikit sebab swiss meringue. Actually ni first time adik buat buttercream yang leceh2 ni. Tapi alhamdulillah sedapp.. tak rasa pun hanyir putih telur tu. Dan adik buat kek ni waktu raya aidiladha haritu lepas tu kawan adik ada yang bawa balik. Hehe. Ok la noh. Taaa.



Resepi Kek Pandan Gula Melaka

Kek span pandan

Bahan bahan

4 biji telur
180 g gula kastor
1 s/t esen vanilla
1 s/t ovalatte
40 g air pandan + 30 g santan + sedikit pewarna hijau
1 s/t baking powder*
170 g tepung gandum*
(*ayak)
50 ml minyak jagung

Cara cara

Putar semua bahan sehingga gebu dan likat. Putar lebih kurang 5-10 minit(bergantung kepada mixer) pada kelajuan maksimum. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kaup balik rata. JANGAN terlebih pukul. Cukup untuk sebati saja tauu. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 160°C (ikut suhu oven masing2) selama 30 - 40 minit. Selepas kek dah masak. Letakkan kat luar dalam 2 - 3 minit dan cepat2 telangkup. Selepas tu cepat2 telangkup sebelah lagi. Sebab nak elakkan kek turun. Biarkan kek sejuk sebelum dipotong 2 atau 3 bahagian.

Tips : kalau nak tau adunan dah likat dan gebu. Bila kita angkat dia macam reben. Dia berlipat2. Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok kat video ya. Jangan terlebih pukul. Nanti dia mendap bila kek dah masak.

Swiss Meringue

Bahan bahan

4 biji putih telur
200 g gula kastor
240 g mentega

Cara cara

Masukkan putih telur dan gula kastor dalam satu bekas. Kacau sedikit dan letakkan di atas periuk berisi air panas (double boiler) dan terus kacau sehingga tiada ketulan gula. Kemudian, pukul telur sehingga adunan kental ( dah tidak panas bila kita letak tangan kat bawah bekas dia dah sejuk).  Kemudian masukkan mentega sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati.

Sirap Gula Melaka

Bahan bahan

50 g gula melaka
1 s/b gula pasir
1/2 cwn air

Cara cara

Masukkan semua bahan dan masak hingg pekat.

Cara penyediaan

Ambil sekeping kek dan letakkan buttercream. Letakkan sedikit sirap gula melaka dan ambil sekeping kek lagi dan letakkan buttercream dan ratakan. Hiaskan mengikut kesukaan dan letakkan lebihan sirap gula melaka. Sejukkan dan siap dimakannnn... yummy





Cara cara membuat



0

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+