Sunday, 10 March 2019

Resepi Cucur Udang



Bahan bahan

3 cwn tepung gandum
1/4 s /t soda bikarbonat
1 1/2 s/t garam halus
1 1/2 s/b gula
3 tangkai cili hijau
1 labu bwg holland
Semangkuk udang
Segenggam taugeh
1 ikat kucai
Air sejuk secukupnya

Cara cara

Masukkan semua bahan kecuali air dan tepung. Kacau sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga semua bahan beesalut dengan tepung . Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair dan pekat. Biarkan sebentar selama 15 minit.

Cara menggoreng

Panaskan minyak dengan sederhana panas. Masukkan sedikit adunan ke dalam minyak menggunakan sudu atau tangan. Biarkan cucur sedikit keras sebelum dibalik balikkan sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Sedia dihidang bersama sos cili. Selamat mencubaa..


Cara cara membuat cucur udang


0

Resepi Kek Pisang Sedap


Bahan A

6 - 8 biji pisang berangan / emas
1 s/t soda bikarbonat
1/4 s/t garam

Cara cara

Lenyekkan pisang hingga hancur. Masukkan soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.

Bahan B

4 biji telur
1 cwn gula kastor
1 s/t esen vanilla / pisang
3/4 cwn minyak jagung

Cara cara

Putar telur, esen pisang dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati ( tak yah putar ).
Selepas itu, masukkan bahan A dan dan kaup balik rata.

Bahan C

2 cwn tepung gandum
1 s/t baking powder

Cara cara

Ayakkan bahan C dan masukkan ke dalam bekas adunan telur dan pisang tadi. Kaup balik rata. Tuang ke dalam acuan 9 inch. Bakar selama 40 - 45 minit pada suhu 160°C (ikut suhu oven masing2). Sejukkan dan sedia dihidangkan. Siap .. selamat mencuba .




Cara cara membuat kek pisang



1

Rakan Di Facebook