Sunday 10 March 2019

♥️ Resepi Kek Pisang Sedap

Resepi Kek Pisang Sedap


Bahan A

6 - 8 biji pisang berangan / emas
1 s/t soda bikarbonat
1/4 s/t garam

Cara cara

Lenyekkan pisang hingga hancur. Masukkan soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.

Bahan B

4 biji telur
1 cwn gula kastor
1 s/t esen vanilla / pisang
3/4 cwn minyak jagung

Cara cara

Putar telur, esen pisang dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati ( tak yah putar ).
Selepas itu, masukkan bahan A dan dan kaup balik rata.

Bahan C

2 cwn tepung gandum
1 s/t baking powder

Cara cara

Ayakkan bahan C dan masukkan ke dalam bekas adunan telur dan pisang tadi. Kaup balik rata. Tuang ke dalam acuan 9 inch. Bakar selama 40 - 45 minit pada suhu 160°C (ikut suhu oven masing2). Sejukkan dan sedia dihidangkan. Siap .. selamat mencuba .




Cara cara membuat kek pisang



1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)

    ReplyDelete

Rakan Di Facebook