Langgan Percuma

Saturday, 27 July 2019

Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Hai setelah sekian lama tak update blog. Saya nak kongsikan resepi yang sangat ringkas tapi sedap iaitu basque burnt cheesecake. Resepi ni saya ambil daripada ig azlitamasammanis.

Resepi Basque Burnt Cheesecake



Bahan bahan

500 ml cream cheese
3 biji telur gred A
160 g gula kastor
1/2 s/b esen vanilla
1 s/b tepung gandum
200 ml whipping cream

Cara cara

1. Panaskan oven pada suhu 200°C selama 10 min.

2. Lapik loyang 8 inch dengan kertas minyak. Lebihkan kertas minyak supaya senang untuk diangkat. 

3. Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan telur satu persatu , gula, whipping cream, esen vanilla dan tepung gandum. Putar sebati.

4. Tapiskan dalam loyang dan bakar selama 50 minit - 1 jam pada suhu 200°C.

5. Biarkan sejuk di dalam peti sebelum dihidangkan. Siap!!





Cara cara membuat basque burnt cheesecake




No comments:

Post a Comment

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook