Langgan Percuma

Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Tuesday, 22 August 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. harini adik nak kongsikan resepi bubur kacang hijau. Sat ja nak buat. Sebab pakai periuk noxxa. Tak yah rendam pon. Kod2 kalau ada tetamu mengejut ka. Lepas tu tak tau nak buat apa boleh buat bubur ni pakai periuk noxxa. Sebab sat lepas tu sedapp. Hee.. adik buat bubur ni sebab abah adik nak bawak pi kat kawan abah. Tu yang dapat banyak. Dan abah adik pun kata sedap. Siap tambah bermangkuk mangkuk . Hehe. Resepi kat bawah ni dapat banyak tau. Boleh makan dalam 10 orang centu. Tapi kalau tak habis tak pa. Boleh buat aiskrim. Sedap pun sedap. Hee. Oklah. Taa




BUBUR KACANG HIJAU

Bahan-bahan ( satu periuk )

500 g kacang hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan gula merah + 10 s/b gula (cairkan dan tapis)
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
1/2 cwn sagu mata ikan
1 1/2 jag air
2 tongkol jagung

CARA CARA

1. Masukkan kacang hijau dan air ke dalam periuk Noxxa. High preasure selama 15 minit.
2. Setelah itu, tolak button preasure yang ada di tudung periuk untuk membuang wap air. Tekan mode stir fry masukkan santan, gula pasir + gula merah (masak dan tapis), biji sagu serta garam untuk lemakkan bubur tersebut. Masak dalam 5 minit.. siap

Nota :
 1) kacang hijau boleh terus dibuat. Tak payah rendam. Tapi haritu ada mood rajin tu yang adik rendam dalam 1 jam.
2) kalau nak cair boleh tambah lagi air.




Cara cara membuat bubur kacang hijau


0

Friday, 18 August 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi sup cendawan. Heee. Resepi yang ni sangat mudah, sedap dan mudah untuk dibuat. Kuang3. Tapii.. untuk pastikan sup ni licin elok. Waktu masukkan tepung gandum ni kena kacau cepat TETAPI berhati2. Haha. Sebab kalau tidak abeh la tangan dan dapur anda2 semuaa. Kalini adik cicah roti bakar yang disapu marjerin saja. Roti perancis dan bawang putih dah habis. Haha. Tapi. Walau apa2 pown. Sedap jugak tau makan dengan roti yang disapu marjerin. 😁 dan untuk sup cendawan ni boleh saja nak letak sedikit isi ayam. ok. Taaa. Assalam.



Resepi Sup Cendawan

Bahan bahan

1 tin cendawan (Hiris halus)
1 cwn - tepung gandum + sedikit air
1500 ml - air masak
500 ml - susu cair
1 kiub pati ayam
Garam gula secukup rasa
1/2 s/t lada hitam
1/2s/t lada putih
1/2 s/t basil

Cara cara

Rebus air dan susu bersama cendawan. Apabila mendidih, masukkan kiub,garam,gula dan lada hitam,lada putih dan basil. Biarkan sebentar. Masukkan tepung yg dicampur dengan sedikit air dan kacau dengan cepat agar ketulan2 tepung tidak terhasil. TETAPI hati2 . Takut terpecik pulak. Biarkan sehingga sup sedikit pekat. Tutup api. Boleh dihidangkan bersama garlic bread.😊😊. Nyummy




Cara cara membuat sup cendawan



0

Sunday, 8 January 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  Haiii.  Beberapa minggu yang lalu, adik ada pergi tempat kerja emak. Mak oncall haritu. Jadi, disebabkan adik suka makan, maka adik cadang nak buat Bubur Kanji untuk dimakan semasa berada di sana. Maklumlah.. Adik suka makan. hehe. ok..


 


Setakat ini sahaja mukaddimah pada hari ini... Sekiann


0

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+