Langgan Percuma

Showing posts with label Cendawan. Show all posts
Showing posts with label Cendawan. Show all posts

Friday, 18 August 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi sup cendawan. Heee. Resepi yang ni sangat mudah, sedap dan mudah untuk dibuat. Kuang3. Tapii.. untuk pastikan sup ni licin elok. Waktu masukkan tepung gandum ni kena kacau cepat TETAPI berhati2. Haha. Sebab kalau tidak abeh la tangan dan dapur anda2 semuaa. Kalini adik cicah roti bakar yang disapu marjerin saja. Roti perancis dan bawang putih dah habis. Haha. Tapi. Walau apa2 pown. Sedap jugak tau makan dengan roti yang disapu marjerin. 😁 dan untuk sup cendawan ni boleh saja nak letak sedikit isi ayam. ok. Taaa. Assalam.



Resepi Sup Cendawan

Bahan bahan

1 tin cendawan (Hiris halus)
1 cwn - tepung gandum + sedikit air
1500 ml - air masak
500 ml - susu cair
1 kiub pati ayam
Garam gula secukup rasa
1/2 s/t lada hitam
1/2s/t lada putih
1/2 s/t basil

Cara cara

Rebus air dan susu bersama cendawan. Apabila mendidih, masukkan kiub,garam,gula dan lada hitam,lada putih dan basil. Biarkan sebentar. Masukkan tepung yg dicampur dengan sedikit air dan kacau dengan cepat agar ketulan2 tepung tidak terhasil. TETAPI hati2 . Takut terpecik pulak. Biarkan sehingga sup sedikit pekat. Tutup api. Boleh dihidangkan bersama garlic bread.😊😊. Nyummy




Cara cara membuat sup cendawan



0

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+