Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Tuesday, 5 May 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Resepi Cucur Labu Sedap



Bahan bahan
+- 600 g labu + 1/2 s/b garam ( rebus hingga empuk )
5 s/b gula pasir ( boleh lebihkan )
1/4 s/t soda bikarbonat
14 s/b tepung gandum


Cara cara
Rebus labu bersama garam sehingga labu empuk. Toskan air. Lenyekkan labu. Masukkan soda bikarbonat dan gaul. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati. Biarkan adunan selama 10 minit sebelum digoreng. Jemput-jemputkan adunan ke dalam minyak sederhana panas. Goreng sehingga kuning keemasan. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencubaa 



Cara cara membuat cucur labu


1

Saturday, 25 April 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat Menyambut Ramadhan 😊


Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
Bahan-bahan
-600 ml air
-1 cwn sagu (basuh dan toskan)
-3/4 cwn gula (boleh lebihkan kalau nak manis)
-sedikit pewarna merah dan sirap ros

Cara-cara
Didihkan air. Masukkan sagu. Biarkan sebentar. Kemudian kacau sebati. Biarkan sehingga sagu bertukar sedikit jernih sambil di kacau. Masukkan gula dan pewarna. Kacau sebati. Tuang dalam bekas / loyang yang dilapik plastik. Kukus selama 15-20minit sehingga keseluruhan sagu bertukar jernih. Letak dalam chiller lebih kurang 4-6 jam sebelum dipotong. Potong sagu ikut citarasa sendiri. Salut dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam halus. Siapp!! Sedap dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba dan selamat berbukaa 😊

Nota
*waktu nak basuh sagu tu jangan kacau. Just alirkan dengan air. Sebab nnti hilang sagu tu. 😬
*boleh kukus sebentar kelapa parut + garam halus untuk tahan lebih lama.
*boleh letak daun pandan sewaktu memasak sagu. Keluarkan daun pandan sebelum mengukus. Lebih wangi kalau letak.

Cara cara membuat kuih sagu kelapa parut


                     




1

Thursday, 31 August 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi cucur udang. Adik tau mesti ramai yang dah tahu nak buat kan. Tapi tak pa la noh. Adik post jugak. Hehe. Macam besa la. Sedapp. Hehe.. adik buat cucuq ni pun sebab mak adik request tapi bila adik dah siap goreng. Mak adik keluaq. Sebab hantaq jiran pi hospital. Lepas tu pulak mak balik lambat dekat 11 p.m jugak la. Tapi tak pa. Balik tu mak dan makan. Hehe. Dan sapa2 nak try boleh sangat sebab senang ja nak buat. Main campak2 ja. Hee. Oklah noh.. taaa

Resepi Cucur Udang


Bahan bahan

 2 tongkol jagung
Seikat kucai
5 biji cili melaka
Segenggam taugeh
1 s/k garam halus
1 s/b gula pasir
1/4 s/t soda bikarbonat
1/2 s/b serbuk kunyit
Segenggam udang kecil
3 cwn tepung gandum
2 1/4 cwn air

Cara cara

Masukkan semua bahan kecuali tepung dan air. Kacau sebati. Selepas itu, masukkan tepung dan air. Kacau hingga rata. Biarkan sebentar 10-15 minit. Panaskan kuali, ambil sedikit adunan dan goreng hingga kuning keemasan dengan api sederhana. Siapp..



Cara cara membuat





0

Tuesday, 22 August 2017

Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Haii.. harini adik nak kongsikan resepi cucur kembung manis. Haa.. cucur ni la yang viral tu. Tapi yg adik punya tak la kembung bulat comel2 tu tapi rasa dia sedap sungguh. Adik suka lagi resepi kalini dari resepi ni sebab resepi kalini rasa lemak2 dari susu tu. Rasa macam tak puas bila makan. Lepas tu kalau sejuk pun dia masih lembut. Tak keras. Oklah. Taaaa..


Cucur Kembung Manis

Bahan bahan

2 cwn - tepung gandum
1/2 s/t - garam halus
2 - 4 s/b - gula pasir
1/4 cwn - susu pekat
2 cwn - air panas menggelegak
*pastikan air yang dijerang tau, bukan daripada penapis air. 😊

Cara cara

1) campurkan tepung gandum, garam,gula dan susu pekat. Kacau sebati.
2) masukkan air panas perlahan2 dan gaul hingga sekata. Biarkan adunan sejuk dalam 10 - 15 minit sebelum digoreng
3) Bulatkan adunan dan goreng dalama minyak sederhana panas hingga kuning keemasan.
4) Sebelum tu basahkan tangan dengan air sebelum mengentel adunan. Siaapppp.






Cara cara membuat cucur kembung


0

Wednesday, 2 August 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. harini adik nak kongsikan resepi cucur kembung. Cucur ni sangatlah senang sebab masukkan ja semua bahan dan kacau sahaja. Cuma kalau nak bagi montok lagi. Boleh biarkan lagi lama anggaran 10 - 20 minit. Kalau nak tau cucur kita jadi atau tidak. Bila kita bancuh tu, kita nampak ada buih2 yang terhasil. Jadi kalau ada buih tu jangan risau. Memang jadi. Sebenarnya ada banyak cara untuk buat cucur kembung ni. Ada yang letak mayonis, susu pekat. Tapi adik ambil yang basic sahaja dulu. Lain hari adik akan kongsikan lagi cucur kembung versi lain pulak. 😁😁 heee.. ok. Taaa


Resepi Cucur Kembung

Bahan bahan

2 cwn tepung gandum
1/4 s/t soda bikarbonat
1/2 s/t garam halus
6 - 8 s/b gula pasir
1 1/4 cwn air sejuk

Cara cara

Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Biarkan selama 10 - 20 minit. Sementara itu, panaskan minyak dengan api sederhana panas. Apabipa minyak dah panas, jemput2kan adunan dan goreng sehingga masak. Siapp.. boleh cicah dengan sambal, gulai pun boleh. Sedapp..




Cara cara membuat cucur kembung


                   
 
1

Thursday, 20 July 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Harini adik nak kongsikan resepi karipap ayam. Inti ayam ni sedappppp... tak guna rempah pun. Resepi ni adik belajar dari mak menakan adik. Tam kata resepi ni dari tok adik. Sedapp bila sangat inti dia. Senang nak buat. Pastry dia pun senang, sedap dan rapuh. Heee. Ok. Taaa



Doh Karipap

Bahan bahan

4  cwn Tepung Gandum
4 sb Marjerin
1 cwn Air + 1 s/t garam (kacau rata)

Cara cara

Masukkan tepung gandum dan marjerin. Gaul adunan sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air garam sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

Resepi Inti Ayam

Bahan bahan

2 s/b - Jintan Manis (basuh dan toskan) *
5 ulas - Bawang Putih dan Bawang Merah*
4 keping - Dada Ayam ( potong dadu)
4-6 biji - Kentang (Kupas kulit,basuh dan potong dadu)
2-3 s/b - cili kisar
Garam gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup
Air secukupnya

*tumbuk lumat

Cara cara

Panaskan minyak. Tumis cili kisar dan biarkan sebentar. Masukkan bahan *. Kacau hingga cili masak dan pecah minyak. Masukkan sedikit air serta ayam. Kacau rata. Biarkan ayam masak. Masukkan garam dan gula. Masukkan kentang (boleh juga masukkan sedikit air lagi untuk empukkan kentang). Biarkan air kering dan tutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup. Ketepikan.

Cara Penyediaan

1) Ambil sedikit adunan dan canai ikut ketebalan masing2.
2) Letakkan dalam acuan, inti dan tekan. Kemudian kelim doh karipap. Buat hingga selesai
3) Panaskan minyak. Goreng karipap sehingga kekuningan dalam api sederhana panas. Siap dihidangkan. 😁





Cara cara membuat karipap ayam


0

Thursday, 8 June 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi kuih lompang gula merah. Kuih lompang ni rasa dia seakan2 kuih kaswi. Sedap tau. Lembutt ja. Lepas tu pulak senang ja nak buat tau. Mak adik ngan adik suka sangat ngan kuih lompang ni sampai berebut2. Hehe. Adik tak buat banyak. Sebab kalau buat banyak takut tak habis. Tinggai 4 orang ja dalam keluarga adik. Yang lain pi belajaq ngan kerja. Kesian adik. Kawan ngan kucing. Hehe. Tapi adik suka sebab ada kucing yang teman adik. Tambah pula sekoq kucing adik dia beranak. Ada 3 ekor. Heee.. geramm.. gebu2 semua. Montok2.. eh ehh.. melalut pulak adik. Ok lah. Taaaa dan Selamat Mencuba dan Selamat Berbuka Puasa..


           


Kuih Lompang Gula Merah (25 biji)


Bahan-bahan :


1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil air kapur cair (adik ambil hujung sudu ja sebab adik tak campur air)
3/4 cawan gula merah
2 s/b gula pasir
2 1/2  cawan air
Sehelai daun pandan


Hiasan di atas lompang :
Kelapa parut yang putih
secubit garam halus
# gaul rata kelapa parut dan garam. Adik kukus sekejap nak bagi tahan lama.


Cara cara


-Satukan gula merah, gula pasir, daun pandan serta 1 1/2  cawan air. Masak gula larut. Tapis dan sejukkan.
-Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur dan 1 cawan air. Gaul sebati. Masukkan air gula yang disejukkan tadi dan kacau lagi hingga sebati semuanya.
-Panaskan periuk kukusan. Sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 - 15 minit.
-Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam separuh tenggelam dalam air biasa supaya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan lompang dari acuan.
-Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu. Letakkan kelapa parut di atasnya. Siap.. selamat mencuba









Cara cara membuat kuih lomoang gula merah


0

Wednesday, 31 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi kuih buah melaka / onde-onde . Kuih ni sangat2 lah senang nak buat. Tak sampai 30 minit pun nak buat. Keluarga adik suka sangat kuih ni. Sedap. Kenyal2 dan manis gula melaka tu memang terangkat. Kadang adik panggil kuih ni onde - onde mak adik tanya "yang dalam inti kacang tu ka". Adik kata " daklah. Yang ada gula melaka tu". Hehe. Mak adik kata tu namanya buah melaka. Tapi tak kisahlah apa2 nama pun yang pasti kuih ni sedap. Ha nak bagitau yang kui onde - onde / kuih bom tu adik ada buat tau. Lama dah. Dan ada dah pun kat dalam blog ni. Jadi sapa nak jenguk boleh tekan Sini. Ok. Taaa



Resepi Kuih Buah Melaka / Onde - Onde

Bahan bahan

2 keping gula melaka - potong kecil
2 cwn - tepung pulut
2 s/b - tepung gandum
1 - 1 1/2 cwn - air pandan / air masak
Sedikit pewarna kuning dan hijau
Sedikit esen pandan (jika suka)
Kelapa parut + sedikit garam (gaul rata)

Cara cara

Masukkan tepung pulut diikuti dengan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat dekat tangan. Jika lembik. Campurkan sedikit tepung pulut lagi ke dalam adunan. (Air jangan tuang semua tau. Agak2 ja). Kemudian, ambil sedikit adunan. Kepal2 dan leperkan. Letak inti dan tutup semula. Bulatkan2 dan buat sehingga selesai. Dalam satu periuk. Isikan air dan panaskan air sehingga air menggelegak. Apabila menggelegak, masukkan doh yang telah diletakkan inti ke dalam periuk. Biarkan doh tadi terapung (ini menunjukkan doh telah masak) dan letakkan di dalam air paip sebentar. Gaul dengan kelapa parut. Siap dihidangkan. 😁




Nota

1) Adik kukus sekejap kelapa tu dengan garam. Sebab nak bagi tahan lama sikit.

2) Cara cara membuat kuih buah melaka / onde - onde



2

Tuesday, 30 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. Harini adik nak kongsikan resepi karipap lada hitam. Kulit karipap ni sedap tauu sebab rangup dan rapuh.. hehe.. Inti ni sesuai juga untuk buat samosa. Nyummy. Jadi kalau sesiapa nak mencuba bolehlah mencuba sebagai juadah buka puasa nanti. 😁. Taaa


Resepi Karipap Lada Hitam


Kulit Karipap ( buat dahulu )


500 gram tepung gandum

3/4 cawan minyak

3 sudu besar marjerin

3/4 cawan air sejuk ( letak kiub ais)

Sedikit garam


Cara cara


Campurkan sedikit garam dalam air sejuk.Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan ramas sehingga menjadi serbuk roti. Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tuSetelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam.


Inti Lada Hitam


Bahan bahan


1 labu - bawang besar (potong dadu)

300 g - daging ( adik campur ayam sekali)

4 biji - kentang (kupas,basuh dan potong dadu)

2 s/b - sos tiram

1/2 - kiub ayam

1 s/t - lada hitam

Garam gula secukup rasa

Daun kari 

Daun bawang (jika suka)


Cara cara


Tumis bawang hingga layu, masukkan daging atau ayam dan masak sehingga empuk. Masukkan kentang dan biarkan beberapa minit. Masukkan sos tiram, kiub ayam , lada hitam dan garam gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan daun kari. Kacau rata. Tutup api dan sejukkan sebentar sebelum digunakan


Cara Penyediaan


Ambil sedikit doh. Canai dan letakkan inti. Kelim dan ulang sehingga selesai.Bila dah habis buat karipap tadi.Goreng hingga keemasan dengan api sederhana panas. Siap dan boleh dihidangkan
.


                Cara cara membuat karipap         







0

Sunday, 28 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. ok harini dah hari kedua kita menjalani ibadah puasa. Hehe... Jadi adik ingin berkongsi resepi kuih yang adik telah buat semalam iaitu apam pandan. Sebenarnya apam ni apam kastard atau apam puri. Tapi disebabkan adik telah olah sikit inti kastard kepada inti pandan sebab tepung kastard kat rumah dah habis. Inti apam ni bagi adik sangat sedap tau. Sebab rasanya licin ja maksudnya memang lembut ja bila makan. Abah adik pun suka sebab abah kata manis2 gitu. Manis2 buah. Sampaikan kakak adik dia ratah ja inti tu sebab sedap. Hehe. Ok . Yang tu sajalah nohh..



Resepi Apam Puri Pandan

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 biji telur
sedikit pewarna kuning

Cara-cara penyediaan kulit :

1. Campur kesemua bahan tapis(adunan akan kelihatan cair)
2. Kemudian masak seperti masak kuih dadar or pancake. masak sebelah jetak perlu terbalikkan. Guna non stick pan lagi mudah sebab tak lekat bila nak angkat.
3.Setelah masak angkat dan letak di dalam pinggan.Isikan dengan inti yang telah dibuat tadi.
4. Kemudian lipat dan tekan hujung kuih tersebut untuk elakkan inti terkeluar. Boleh juga guna acuan karipap.


Inti Pandan (adik buat 1/2 saja. Resepi dibawah ni 1 adunan)

1 cawan tepung gandum
2 sb tepung kastard atau tepung jagung(kalau nak rasa kastard letak tepung kastard)
1 cawan gula
2 cawan susu segar atau santan(adik letak sedikit saja santan dalam 2 s/b yang lain susu)
2 cawan air pandan (jika nak rasa pandan . Tapi kalau nak rasa kastard boleh guna air masak biasa, susu atau santan)
Sedikit garam

Penyediaan inti kastard

1. Satukan semua bahan di dalam kuali/periuk. Kacau sebati.
2. Nyalakan api dan masak hingga likat dan nampak berkilat.  Sentiasa kacau adunan ketika memasak. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.







Cara cara membuat apam pandan



0

Thursday, 25 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sampai 2 hari lagi ja nak puasa. Jadi berkesempatan ini, saya nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.... 😁 harini saya nak kongsi resepi kuih cara manis. Saya rasa mesti ramai yang sudah tahu cara nak buat kuih ni. Tapi apa salahnya kan saya kongsi lagi. Kuih cara ni saya suka buat garing sebab keluarga saya suka yang garing hehe. 😁😁. Sedap .. rasa lemak2 santan dan manis2 gulaa.. ermmm... yummyyyy..




Resepi Kuih Cara Manis

Bahan bahan

8-10 helai - daun pandan + 1 cwn air (kisar n tapis)
1 cwn - santan
1/2 cwn - air
2 cwn - tepung gandum
1/4 s/t - garam
1 biji - telur
Sedikit pewarna kuning dan hijau

Cara cara

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati dan tiada ketulan. Panaskan acuan dengan api sederhana panas. Oleskan dengan minyak, apabila minyak sudah panas, tuangkan adunan 3/4 daripada acuan diikuti dengan gula mengikut tahap kemanisan yang disukai. Tutup dan biarkan selama beberapa minit dengan api sederhana kecil. Api jangan kecil dan jangan besar sangat tau. Apabila permukaan adunan dah kering. Boleh diangkat jika tak mau garing. Kalau nak garing biarkan lagi dalam 2-3 minit. Angkat dan ulang sehingga habis. Siap dan boleh dimakan panas -panas.







Nota: jika adunan nampak cair sangat. Boleh tambah sedikit lagi tepung gandum.

Cara cara membuat kuih cara :




0

Wednesday, 17 May 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haii.. Adik nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru atau bakal guru yang berada di negara ni tak terlambat gi kod noh nak ucap. Hehe.. ok berkenaan dengan nona manis ni. Adik buat dah lama. Cuma harini baru berkesempatan nak update. Ok berkenaan nona manis ni. Resepi adik ambil dari Azlita Masam Manis .Rasa sedap lemak2 manis cuma adik buat macam padat sikit sebab adik terlebih letak tepung jagung. Hee.. jadi akak2 adik2 makcik2 jangan letak terlebih tepung tau nanti jadi macam adik. Hee oklah noh. Taaa..






NONA MANIS

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang.
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ( ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)

Dalam bekas lain.
Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudian campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional) dan sedikit pewarna hijau apple dan kuning jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.







Video Resepi Nona Manis


0

Thursday, 4 May 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Harini adik nak kongsikan cara nak buat burger malaysia /pau sambal. Kakak-kakak adik suka dengan burger ni. Tambah-tambah ikan bilis yang rangup. Memang tak sedar satu satu masuk mulut. Nama burger malaysia tak tau macam mana boleh wujud tapi macam mana pun makanan ni sedap. Hehe.. untuk doh adik guna doh donut tau. Adik buat 1/2 adunan dari resepi asal. Dapat dalam 12 biji saiz sederhana comel. Ok. Yang tu ja noh.. Taaaa. 



Resepi Burger Malaysia / Pau Sambal


Bahan - bahan (untuk pau)

- 500 g -tepung naik sendiri / tepung gandum *

- 1 s/t - bread softener * (optional)

- 1 paket - yis segera

- 50 g - mentega / marjerin

- 1 s/b - shortening

- 2 s/b - gula halus

- 2 s/b - susu pekat manis

- 2 s/b - susu tepung

- 1 biji telur + 1/2 s/t garam = dipukul sedikit

- 200 ml - air suam


Cara - cara


1) Masukkan air suam ke dalam bekas besar. Kemudian, masukkan  yis, mentega / marjerin, shortening,  gula halus, susu pekat manis dan  susu tepung. Kacau sebati. Ketepikan  dan biarkan sekejap selama 3-5 minit atau sehingga berbuih. 
2) Sementara menunggu yis  mengembang, ayakkan bahan-bahan  bertanda *
3) Masukkan 1/2 bahan yang telah diayak ke dalam bekas berisi yis.  Kacau menggunakan sudu satu arah  sahaja sehingga sebati. Masukkan  pula adunan telur dan kacau  sebati. 

4) Selepas itu, masukkan bahan bertanda * selebihnya dan kacau sebentar dan terus uli hingga  menjadi doh.
5) Adunan ini tidak perlu  direhatkan dan boleh terus tekap  doh sehingga selesai.
6) Rehatkan doh selama 20 minit  atau mengembang 2 kali ganda.
7) Panaskan minyak dengan api  sederhana besar. Apabila minyak  betul betul panas. Kecilkan sedikit  api dan boleh masukkan donut ke  dalam minyak dan goreng sehingga  bertukar warna kuning keemasan.


Sambal Bilis


Bahan bahan


Segenggam ikan bilis (rendam,basuh,toskan dan goreng hingga garing)
3 ulas - bawang merah (dihiris)
6 s/b - cili kisar
Sedikit air asam jawa / 2 keping asam gelugor
Sedikit air
1 s/b - sos tiram
1 s/b - sos cili
1 s/b - gula pasir
1 s/t - garam
Minyak untuk menumis


Cara cara


Tumis bawang merah hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Tuang sedikit air dan masukkan sos tiram,sos cili, gula dan garam. Kacau dan biarkan sambal sedikit pekat. Tutup api. Ketepikan.


Cara penyediaan burger malaysia / pau sambal.


Hiris bahagian tengah doh. Letakkan hirisan timun , ikan bilis dan sambal. Siap dan boleh dimakan
. 😊😊












Video Resepi Burger Malaysia / Pau Sambal


0

Friday, 14 April 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai... Harini adik nak kongsikan resepi apam tapai nasi. Sedap tau. Tak macam apam yang adik pernah buat sebelum ni. Banyak kali jugak adik buat. Tapi tak pernah lembut macam apam ni. Tapi, sebelum nak buat tu, kena sediakan tapai nasi lebih awal. Sebab ambil masa untuk buat tapai. Dalam 2 - 3 hari. Ok. Tak mau bebel panjang2. Jemputlah tengok. 😁


Resepi Apam Tapai Nasi

Bahan-bahan (A)

1 cwn - nasi sejuk
2 s/b - ragi

CARA CARA (A)

Dalam satu bekas yang mempunyai penutup. Masukkan nasi serta ragi. Selepas itu, kacau sehingga nasi dan ragi bercampur. Tutup bekas dan simpan di tempat yang gelap atau letakkan bekas untuk buat tapai dalam satu kotak dan biarkan selama 2 hari  atau sehingga nasi menjadi berair. Tapai nasi siap. Ketepikan.

#jangan letak bekas nasi tapai dalam peti ais. Biarkan di luar / suhu bilik.

Bahan- bahan (B)

2 cwn - tepung beras
3/4 cwn - gula
2 cwn - air
1 paket / 2 s/t - eno

Cara-cara (B)

Masukkan tapai nasi, gula, tepung beras dan air kecuali eno ke dalam pengisar. Kisar halus. Tuang ke dalam bekas dan perap selama 5 - 6 jam atau semalaman dalam peti ais. Keluarkan adunan dan masukkan eno. Kacau sebati. Bahagi dalam beberapa adunan dan letak pewarna jika suka. Kacau rata. Panaskan kukusan. Susun acuan lompang dalam periuk kukusan. Apabila air mendidih. Kukus acuan sahaja dalam 3 minit. Kemudian, tuang adunan dan kukus semula selama 10 minit atau hingga masak. Hidang bersama kelapa parut + sedikit garam.

NOTA
- adik kukus sekejap kelapa untuk bagi tahan lama.







Video Resepi Apam Tapai Nasi Lembut
3

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira. Jom cuba resepi paling sedap dan mudah di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook