Langgan Percuma

Showing posts with label Kuih (Raya). Show all posts
Showing posts with label Kuih (Raya). Show all posts

Monday, 9 October 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. haii. Harini adik nak kongsikan resepi biskut ombak rindu. Biskut ni adik rasa mahal jugak sebab kos nak buat tu tinggi. Yang tinggi nya tu kat badam. Tapi sebab kat rumah tak da badam seketui2 tu. Adik pakai yang kecik2. Tapi sedap .... Haaa.. biskut ni adik dah buat lama dah. Waktu raya haji haritu tapi maklumlah. Adik malas nak update resepi kat sini hehe. Sorry... heee.. btw biskut ni sedap rapuh. Skali mkn mmg nk mkn lg. Serius2. Adik tak tipu sedapp.. sebalang adik taruh(simpan) kat adik. Sebalang tu jugak habis dalam masa semingguu.. heee... lepas tu apa lagii. Timbang2 berat.... heheheh. Resepi adik buat ni adik tak letak pun butter oil semua tu sbb adik nak bagi perabih ja bahan yang ada kat rumah. Tapi kalau letak lagi sedap. Adik ambil resepi ni kat azlita masam manis. Search la noh. Malas nak letak link. Hee. Btw resepi yang adik bagi kat bwh ni resepi yang adik ada olah . Maksudnya ada yang adik tak letak. Macam butter oil tu.. Ok la. Taaa..



BISKUT OMBAK RINDU

Bahan bahan

250 gm butter
70 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perasa moca
5 gm Nescafe*
5 gm air panas ( Nescafe + air panas jadikan pes )
1 biji telur
330 gm tepung gandum*
8 gm serbuk koko*
3 gm baking powder*
3 gm Soda bikarbonat*
200 gm choc rice
60 gm cornflakes ~ kisar kasar
80 gm Almond nibs ~ panggang sebentar
coklat putih ~ cairkan untuk hiasan
Badam biji ~ di bakar

Cara cara

Dalam mesen pemutar, putarkan dengan speed sederhana , mentega, gula, esen vanilla, moca dan nescafe paste hingga sebati
Masukkan telur dan pukul sebentar
Masukkan campuran bahan kering(*) dan gaul sebati
Akhir sekali masukkan, coc rice, almond nibs dan cornflakes, gaul rata
Sediakan dulang pembakar
Bentukkan doh atas dulang. Tekan guna garfu untuk hasilkan corak.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160° C selama 20 ~ 25 minit
Bila dah masak sejukkan
Sementara itu cairkan coklat masakkan putih secara double boiler
Paipkan atas biskut yang telah sejuk
Hiaskan dengan badam bakar di atasnya. Siapp





Cara cara membuat biskut ombak rindu


0

Friday, 23 June 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Adik nak kongsikan resepi biskit lidah kucing. Biskut ni sedap dan rapuh. Lepas tu , dah dekat 3 atau 4 tahun berturut2 adik buat biskut ni. Tak pernah tinggal untuk buat biskut ni waktu hari raya. Lagipun ramai yang suka dengan biskut ni dan kata sedapp.. hee. Cubalah.. Ok lah. Taaa




Resepi Biskut Lidah Kucing

Bahan bahan

250 g - mentega
175 g - gula kastor
100 ml - putih telur(lebih kurang 3 biji telur gred A)
200 g - tepung gandum*
50 g - tepung jagung*
1 s/t - emplex*
Pewarna yang disukai
Loyang lidah kucing
(*ayak)

Cara cara

Putar mentega dan gula hingga kembang dan pucat. Masukkan putih telur sedikit2 dan putar segingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balikkan menggunakan spatula hingga rata. Bahagikan beberapa adunan. Letakkan pewarna dan masukkan ke dalam piping bag. Pipekan di atas loyang. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160'c selama 10 minit. Bakar selama 15 - 20 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Ok adik nak kongsikan cornflakes madu. Cornflakes ni senang nak buat sikit ja bahan . Cornflakes ni adik buat 2 adunan sebab adik ngan kakak2 adik suka. Hehe. Kami boleh makan banyak tau. Tahun lepas adik buat 1 adunan ja. Dalam masa seminggu kami 3 orang boleh habiskan sebab sedapp. Hehe. Jadi cubalah. Taaa



CORNFLAKES MADU

Bahan A

125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu

Bahan B

1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis (optional)
1 cwn badam cincang panggang/gajus (optional)
Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil / chocolate rice.

Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 160'C selama 8-10 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. Harini adik nak kongsikan resepi biskut mazola peanut butter, biskut lidah kucing dan cornflakes madu. Tapi untuk di page ni adik hanya akan kongsikan biskut mazola terlebih dahulu dan 2 lagi resepi akan menyusul kemudian. Hee.. ok. Berkenaan biskut mazola ni. Biskut ni sedapp sebab ada peanut butter dalam tu. Hee.. emak adik dan kakak adik suka biskut ni. Kadang2 kalau bukan hari raya pun mak adik suruh buat. Hee.. jadi bolehlah sapa2 yang nak cuba. Adunan untuk biskut ni agak banyak dalam 150 - 200 biji . Jadi kalau sapa yang nak cuba dahulu bolehlah bahagi dua. Dan adik guna sukatan mangkuk sebab senang nak sukat. Mangkuk tu lebih kurang besar mangkuk yang kita suka makan sup. Tapi kalau nak guna mangkuk mana2 pun boleh asalkan semua sukatan ikut mangkuk yang sama. Ok  taaaa



Resepi Biskut Mazola Peanut Buttet

Bahan bahan

2 mangkuk - tepung gandum
3/4 mangkuk - gula perang
1 mangkuk - kacang tanah kisar kasar
1 s/t - garam
3 s/b penuh - peanut butter
1 s/t - emplex
1s/t - soda bikarbonat
3/4 - 1 mangkuk - minyak jagung /masak

Cara cara

Masukkan semua bahan kecuali minyak. Gaul sebati. Masukkan minyak dan uli sehingga tidak melekat pada tangan. Bentukkan doh. Susun atas loyang yang di gris marjerin. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit. Bakar selama 25 - 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap usara. Siap.. 😊😊






0

Wednesday, 21 June 2017

Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Ok. Harini adik nak kongsikan resepi biskut chocolate chips. Biskut ni sedapp.. hehe. Tak bohong.. adik paling suka biskut ni berbanding biskut yang lain. Sebab biskut ni nak buat pun mudah. Tak payah renyah2(susah). Sat ja. Lepas tu rasa seakan2 chipsmore. Hehe. Maksudnya sedap la tu kan? Hehe. Ok la. Selamat mencuba. Taa



Resepi Biskut Chocolate Chips

(BAHAN A )

3/4 cawan gula
3/4 cawan gula perang
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 telur
secubit garam
1 sb susu segar @ susu tepung (optional)
1 sudu teh esen vanilla

( BAHAN B )

4 cawan tepung gandum (di ayak)
2 sudu besar serbuk koko (di ayak)
2 sudu besar tepung jagung ( di ayak)
1 sk cream of tartar
1 s/k emplex
1 sk soda bikarbonat
½ cawan walnut cincang / almond nib
2 cawan semisweet chocolate chips

Cara cara

Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk besar kacau menggunakan whisk atau sudip kayu sampai sebati.
Bila dah sebati masukkan bahan B.
Masukkan step by step bahan B, bukan sekaligus. Contoh masukkan tepung sikit demi sikit dulu, pastu masukkan serbuk koko lak, pastu di ikuti bhn2 lain. Scoop adunan / gentel2 adunan. Jarak jarakkan adunan. Nanti adunan akan kembang. Panaskan oven terlebih dahulu selama 160 darjah celcius selama 10 minit. Bakar selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Siapp..



Cara cara membuat

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Harini adik nak kongsikan resepi semperit susu / dahlia. Sedapp.. rangupp dan cair dalam mulut. Hehe. Tapi untuk tepung. Jangan letak semua  agak2 boleh tekan ja. Sebab bila letak semua. Adunan akan keras. Dan tak boleh nak tekan. Bila tekan bunga tak cantik. Lepas tu. Maaflah adik punya bunga tak cantik. Hehe. Tak mahirr.. nanti nak kena belajar la kat tam adik ( mak saudara). Dia pandai buat bunga semperit jadi cantik. Dan semperit biasa tu tam buat sedapp gebuu.. heheh.. ok laa.. taaa
 


Resepi Semperit Susu / Dahlia

Bahan bahan

250 g - butter / marjerin
1/2 tin / 1 cwn - susu pekat (250 g)
450 g - tepung jagung*
100 g - tepung ubi*
*ayak
1 s/t - esen vanila
Hiasan ceri / coklat chips

Cara cara

Kacau butter dan susu guna sudip kayu / whisk hingga sebati. (Sekadar sebati sahaja. Jangan lama. Nanti adunan kembang) Masukkan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan.(jangan letak tepung semua. Letak sikit2 sampai doh boleh tekan ja.) Tekan atas dulang pembakar yang dilengser marjerin. Letakkan ceri / coklat chips. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit (ikut suhu masing2). Bakar selama 20 - 25 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Siapp...




Cara cara membuat



0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai. Harini adik nak kongsikan resepi biskut makmur. Maklumlah. Tak lama lagi dah nak raya. Ramadhan pun dah nak pi. 😟. In sha Allah. Harap2 kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun hadapan . Ok. Berbalik kepada biskut ni. Biskut ni senanggg.. masukkan ja semua bahan. Uli dan boleh bentuk. Cuma yang sedikit payahnya untuk kita gentel2 la. Heee.. yang gentel2 ni mak adik buat. Adik hanya bancuh adunan ja. Hehe. Mesti ramai yang suka kan biskut makmur ni? Jadi kalau nak. Bolehlah cuba. 😊😊



Biskut Makmur

Bahan Doh

500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
300 - 350 g minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti

300 gm kacang tanah kisar kasar
susu pekat secukupnya
#gaulkan sehingga melekat

Gula icing [untuk salut kuih]

Cara

1. Gaulkan semua bahan doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Ambil doh dan leperkan.
3. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

# untuk inti. Biarkan sekejap dalam 5 - 10 minit sebelum dikepal. Kalau tak biar dia akan melekit dan hancur.
# kalau terlembik. Tambah tepung gandum sikit2.






Cara cara membuat 



0

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+