Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts

Saturday, 25 April 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat Menyambut Ramadhan 😊


Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
Bahan-bahan
-600 ml air
-1 cwn sagu (basuh dan toskan)
-3/4 cwn gula (boleh lebihkan kalau nak manis)
-sedikit pewarna merah dan sirap ros

Cara-cara
Didihkan air. Masukkan sagu. Biarkan sebentar. Kemudian kacau sebati. Biarkan sehingga sagu bertukar sedikit jernih sambil di kacau. Masukkan gula dan pewarna. Kacau sebati. Tuang dalam bekas / loyang yang dilapik plastik. Kukus selama 15-20minit sehingga keseluruhan sagu bertukar jernih. Letak dalam chiller lebih kurang 4-6 jam sebelum dipotong. Potong sagu ikut citarasa sendiri. Salut dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam halus. Siapp!! Sedap dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba dan selamat berbukaa 😊

Nota
*waktu nak basuh sagu tu jangan kacau. Just alirkan dengan air. Sebab nnti hilang sagu tu. 😬
*boleh kukus sebentar kelapa parut + garam halus untuk tahan lebih lama.
*boleh letak daun pandan sewaktu memasak sagu. Keluarkan daun pandan sebelum mengukus. Lebih wangi kalau letak.

Cara cara membuat kuih sagu kelapa parut


                     




0

Saturday, 27 July 2019

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Hai setelah sekian lama tak update blog. Saya nak kongsikan resepi yang sangat ringkas tapi sedap iaitu basque burnt cheesecake. Resepi ni saya ambil daripada ig azlitamasammanis.

Resepi Basque Burnt Cheesecake



Bahan bahan

500 g cream cheese
3 biji telur gred A
160 g gula kastor
1/2 s/b esen vanilla
1 s/b tepung gandum
200 ml whipping cream

Cara cara

1. Panaskan oven pada suhu 200°C selama 10 min.

2. Lapik loyang 8 inch dengan kertas minyak. Lebihkan kertas minyak supaya senang untuk       
   diangkat. 

3. Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan telur satu persatu , gula, whipping cream, esen
   vanilla dan tepung gandum. Putar sebati.

4. Tapiskan dalam loyang dan bakar selama 50 minit - 1 jam pada suhu 200°C.

5. Biarkan sejuk di dalam peti sebelum dihidangkan. Siap!!





Cara cara membuat basque burnt cheesecake


                                         


1

Wednesday, 29 November 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini saya nak kongsikan resepi kek coklat indulgence. Sebenarnya saya buat kek ni waktu raya korban haritu. Tapi disebabkan malas. Jadi saya tak post la. Heheh. Maaf. Btw. Kek ni ramai suka tauu.. kawan2 adik semua suka. Siap ada yang bawak balik gi. Haha. Tapi saya ni bukannya pandai sangat nak hias2 ni. Dah tu comot pulak tu. So adik tolak. Tapi kalau tengok resepi ni. Mesti leceh kan. Memang leceh. Tapi kalau selalu buat. Ok lah. Dan saya nak buat kek ni pun sebab kak saya dia teringin. Nak kek indulgence macam secret recipe. Even tak 100 % sama. Janji sedap. Dan untuk kek ni saya tak letak gelatin sebab tak dan nak beli. Dan untuk kek ni jugak walaupun tak letak gelatin . Rasa dia still sedap cuma tak boleh letak kat luar lama2 .Dan kalau nak lepa pun jangan biar kat luar lama2.  Sebab bila dah lembik tu nak lepa jadi tak elok. Ok. Yang tu sajaa. Taaaa..



Bahan-bahan kek coklat

4 biji telur
180 gram gula kastor
150 gram tepung kek
20 gram serbuk koko
70 gram air
15 gram ovellet
50 gram minyak jagung
1 tspn baking powder

Bahan-bahan krim putih

50 gram gula kastor / gula aising
120 gram unsalted butter
4 gram gelatin (optional)
50 gram air
100 gram coklat putih
260 gram whipped cream
2 biji kuning telur

Bahan-bahan krim coklat

50 gram gula kastor / gula aising
120 gram unsalted butter
4 gram gelatin (optional)
50 gram air
100 gram coklat
260 gram whipped cream
2 biji kuning telur

Bahan-bahan Coklat ganache

100 gram whipped cream
100 gram coklat masakan

Cara Membuat Kek Span Coklat

Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung.
Pukul adunan sehingga gebu, kental dan bertukar menjadi pucat. Elakkan pukul terlebih lama kerana ia akan menyebabkan kek jatuh apabila dibakar.
Masukkan minyak jagung dan kacau menggunakan spatula.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar suhu 160 selama 30-40 minit mengikut oven masing-masing. Biarkan sejuk sebelum dipotong 2 atau 3 bahagian.

 Cara Membuat Krim Coklat

Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.
Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler sehingga telur bertukar warna kepada pucat.
Ketepikan. Satukan adunan telur dengan coklat yg telah dicairkan.
Didalam bekas yg lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satu kan dengan adunan telur.
Dalam bekas yg bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.
Simpan didalam peti sekurang kurangnya 1 jam sebelum digunakan⁠⁠⁠⁠

 Cara Membuat Krim Putih

Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.
Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler sehingga telur bertukar warna kepada pucat.
Ketepikan. Satukan adunan telur dengan coklat putih yg telah dicairkan.
Didalam bekas yg lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satu kan dengan adunan telur.
Dalam bekas yg bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.
Simpan didalam peti sekurang kurangnya 1 jam sebelum digunakan⁠⁠⁠⁠

Cara Membuat Coklat Ganache

Panaskan whipping cream sebentar. Jangan sampai mendidih. Bagi suam2  ja. Kemudian, tuang whiping cream ke dalam coklat masakan dan kacau hingga sebati.

Cara untuk menyusun

Ambil lapisan kek yg pertama. Kemudian paipkan krim putih diatas kek.
Untuk lapisan kedua kek, paipkan dengan krim coklat dan ulang sehingga habis.
Salut kek dengan lebihan krim coklat dan simpan didalam peti sekurang2nya 8 jam
Selepas kek betul2 sejuk, siramkan dengan chocolate ganache. Biarkan kek sejuk dan sedia dihidang.

Tips :

Untuk dapatkan potongan yg cantik, panaskan pisau terlebih dahulu. Selamat mencuba




1

Tuesday, 12 September 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi kek snowy cheese. Haa. Mesti ramai yang suka kan? Tambah2 yang penggemar keju. Kek ni sedapp. Lembut,lemak2 berkrim. Sedap sangat kalau kita makan waktu sejuk. Lajuu ja. Dan kalau nak dapatkan leleh tu kena lebihkan sedikit fresh milk. Tapi kalau nak buat leleh elok kalau letak dalam bekas kecik2. Adik buat sebiji terus sebab ni kek birthday kak adik. Hehe. Buat suprise katakan. Sebab balik ja dari sekolah terus adik ajak kawan adik teman nak beli telur. Sebab telur yang segar tu hasil kek nanti jadi lebih elok tau. Lepas balik ja terus adik pi dapur. Ktank ktunkk ktankk ktunkk kalut sebab nak buat suprise kat kak adik sebelum dia sampai rumah. Adik sambut birthday dia lambat sebab waktu tu dia ada kat matrik. Ni bila dia balik adik excited nak sambut. Last2 tak menjadi pun suprise. Sebab kek semua tak dan nak siap elok. Heheh.. ok. Taaa


Resepi Kek Span Vanilla

Bahan bahan

4 biji telur
180 g gula halus
1 s/b ovalatte
1 s/t esen vanilla
70 ml air
170 g tepung gandum*
1 s/t baking powder*
(*ayak)
50 ml minyak jagung

Cara cara

Panaskan oven selama 10 minit. Masukkan semua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan paling tinggi dalam 4-6 minit sehingga gebu,putih dan likat(bertali). Kemudian, masukkan minyak jagung dan gaul sebati sahaja. Bakar pada suhu 160°C (ikut suhu oven masing2) selama 30 - 40 minit. Keluarkan dari oven dan telangkupkan cepat2. Kemudian telangkup sekali lagi. Kalau boleh lakukan dengan cepat tau. Sebab nanti takut kek mendap. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Frosting Cream Cheese

Bahan bahan

250 g cream cheese
1/2 cwn fresh milk (lebihkan kalau nak leleh)
1/2 cwn susu pekat
1 s/t esen vanilla (optional)

Cara cara

Putar semua bahan sehingga sebati. Ketepikan

Cara penyediaan

Ambil sekeping kek letak frosting,letak kek,letak frosting. Letakkan keju cheddar parut secukupnya. Sejukkan sebelum dihidangkan. Siapp




Cara cara membuat kek snowy cheese


0

Thursday, 7 September 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii . Harini adik nak kongsikan resepi churro bowl.  Haaa. Penah makan tak? Sedappppppppp.. memang sedap. Hehe. Letak aiskrim dalam bowl tu lepas makan. Yummy . Resepi ni adik ambik dari youtube tasty. Rasa macam churros. Dan resepi ni juga boleh buat churros tau. Dan adik ingatkan siap2 tau. Disebabkan cuaca kat sini panas, jadi waktu nak goreng tu kena panaskan api dahulu sehingga betul2 panas. Lepas tu ambik churro dan terus goreng. Kalau tidak churro tu lembik. Jadi, bila dah lembik memang tak elok sangat2 dan pastikan churro betul2 keras tau sebelum digoreng. Hehe. Okla. Taaa



Resepi Aiskrim Churro Bowl

- 1/4 cwn butter / marjerin
- 2 s/b gula perang / gula pasir
- 1/2 garam
- 1 cwn air
- 1 cwn tepung gandum
- 1 s/t esen vanila
- 4 biji telur

Cara cara

Cairkan butter, garam dan gula sehingga mendidih. Masukkan tepung dan tutup api. Kacau sebati. Sejukkan sebentar. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau rata. Kemudian,ambil loyang untuk cupcake. Paipkan adunan di permukaan bawah loyang. Letak dalam peti sejuk. Biarkan ia betul2 beku. Selepas itu, panaskan minyak sehingga betul2 panas dan goreng sehingga kuning keemasan. Salut dengan gula kastor dan scoopkan aiskrim. Boleh makann.. yummy..

NOTA

 Kena cepat2 tau. Sebab nanti lembik. Bila lembik kita goreng memang tak elok sebab dah lembik. Jadi kena buat cepat2. Ataupon selepas adunan tu dah beku, tanggalkan ia dan sementara tunggu minyak panas, letak dalam peti ais.




Cara cara membuat churro bowl


1

Tuesday, 22 August 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii. Harini adik nak kongsikan resepi puding roti ala ala kek. Haa.. macam mana tu? Kalau tidak adik tak mau buat gi puding ni tapi kebetulan tengok ada roti yang masih banyak. Lepas tu pulak tengok ada acuan yang adik baru beli. Ha.. jadi tiba2 adik ada idea nak menerai (cuba) buat puding roti ala ala kek. Sedappp ooo. Tapi kalau sapa2 tak da acuan pun boleh ja letak dalam bekas biasa dan kalau nak buat guna acuan ni kena la ada mood rajin. Haha. Tapi jangan risau. Tak lama pun nak layerkan dia sebab dia cepat sejuk. Tapi apa apa pun Alhamdulillah. Sedapp.. hehe. Walaupun first time adik try buat. Hee.. oklah. Taa. Assalam.



Resepi Puding Roti Ala Ala Kek

Roti kering (biskut hup seng)
- 15 keping *
1 tin susu cair*
1 tin air *
1 tin susu pekat
4-5 s/b gula pasir*
1 biji telur*
Agar agar tali 30 g (rendam sebentar dgn 10 - 15 cwn air)
Sedikit garam kasar


Cara cara

1) Masak air dengan agar2 tali hingga agar2 larut.
2) Sementara itu, kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
3) Apabila agar2 dah hancur, masukkan bahan bahan kisar dan kacau sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan sedikit garam.
4) Sentiasa kacau adunan dan biarkan adunan menggelegak dan tutup api.
5) Cepat2 tuang dalam loyang sebab puding ni cepat beku dan sejukkan.
6) Siap dan boleh dimakan.







Cara cara membuat puding roti


0

Wednesday, 14 June 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haii.. Harini adik nak kongsikan resepi sagu gula merah. Kenapa gula merah bukan gula melaka? Entah la nakk.. hehe. Tapi walaupun bukan guna gula melaka. Tapi gula merah pon sedap tauuu... terangkatt.. heheh. Tapi boleh ja kalau nak tukar kepada gula melaka. Tak da masalah. Adik makan dengan susu ja. Sedapppp... nyummehh... tapi kalau sapa2 nak cuba yang santan pon boleh. Tapi lagi berlemak. Selalunya lepas sagu dah masak. Orang akan tapis dan basuh kan? Tapi sebab dapat sikit sangat haritu adik buat. Kalini adik cuba yang tak basuh. Jadi awal tu lepas adik rendam. Adik basuh. Baru masak sagu tu. Resepi ni mudahhh. Cuma ambil masa dekat sagu untuk kental ja. Hehe.. ok la. Taaa. Selamat berbuka.



Resepi Sagu Gula Merah

Bahan bahan sagu

1 cawan sagu mata ikan
Air
Gula (2-3 s/b)
Sedikit pewarna

Cara cara

1) Rendam sagu hingga air melebihi paras sagu selama 10 - 15 minit. Kemudian basuh dan toskan.
2) Masukkan sagu dan air. Air hendaklah melebihi paras sagu. Masak sagu hingga putih2 hilang dan hanya tinggal putih jernih sahaja.
3) Jika sagu nampak kering tetapi putih2 tu tak hilang lagi. Boleh tambah lagi air. Sagu sentiasa dikacau agar bawah tak melekat dan hangit.
4) Selepas putih2 hilang. Tutup api. Masukkan gula dan pewarna.( Adik letak sirap. Rasa lagi sedap. Dan adik juga letak gula sebab tak mau bagi tawar sangat). Kacau sebati. Letak dalam acuan yang dikehendaki. Sejukkan. Sementara tu kita boleh buat air gula.

Air Gula Merah

Bahan bahan

1/2 cwn - gula merah (boleh juga guna gula melaka)
4 s/b - gula pasir
Sedikit air

Cara cara

Masukkan semua bahan. Masak hingga gula sedikit pekat. Tutup api dan tapis.

Cara penyediaan sagu gula merah

Ambil sedikit sagu yang telah kental dan tuang ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit susu atau santan (masak sekejap dan letak sedikit garam) dan air gula merah. Siapp.. boleh dihidang dan makan sejuk2.






0

Rakan Di Facebook