Langgan Percuma

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Saturday, 18 February 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Haiii.. Hari ni adik nak kongsikan resepi roti sosej berkeju goreng. 😊 Sedap tau lagipun cara membuatnya pun mudah sangat. Tak sampai 10 minit dah siap. Ni pun adik buat sebab abg adik balik cuti. Lepas tu dia teringin jadi adik pun buat. Hehe.. Ok. Taaa..



Resepi Roti Sosej Berkeju Goreng 

BAHAN BAHAN

5 keping - Roti
5 batang - Sosej (celur sekejap)
1 keping keju Cheddar (potong 5 bahagian)
1 s/b - Tepung Gandum + sedikit air
2 biji - Telur
Serbuk roti secukupnya

CARA CARA

1) Gelek roti sehingga nipis.
2) Letakkan keju diikuti dengan sosej.
3) Sapu sedikit adunan tepung dan gulung kemas. Buat sehingga habis.
4) Panaskan minyak.
5) Sementara menunggu minyak panas, potong roti kepada 2 bahagian secara serong.
6) Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul sehingga sebati.
7) Ambil roti , salutkan dengan telur dan serbuk roti. Masukkan ke dalam minyak. Dan goreng hingga keemasan.
8) Siap di hidangkan. Selamat Mencuba! 😊




Video Resepi Roti Sosej Berkeju Goreng



0

Tentang Penulis

author Hai. Nama saya Sahira lebih dikenali sebagai Adik. Jom cuba resepi paling sedap di Resepi Adik ini. Selamat mencuba!
Baca Lagi ?



Rakan Di Facebook

Rakan Di Google+